Tuesday, March 25, 2008

Babak 8


Suasana malam disekitar kampung Pinang Sebatang adalah gelap ditambah pula dengan ketiadaan pengcahayaan daripada lampu-lampu jalan seperti dibandar-bandar besar. Walaupun keadaan gelap, ianya tidak membataskan aktiviti harian penduduk dikampung berkenaan kerana mereka sudah biasa dengan keadaan gelap. Kebiasaan pada malam hari, Ahmad ataupun atuk firdaus akan mengajar anak-anak penduduk kampung mengaji. Firdaus yang kebetulan pula duduk bersama mereka pada malam tu, turut disuruh untuk mengaji. Selepas selesai mengaji, Firdaus mengambil peluang untuk berbual dengan atuknya.


“eerrmm…. Tok, adik ada ada pertanyaan nak tanya kat atuk ni. Boleh ke tok?” Firdaus teragak-agak untuk bertanya.


“ehh…kenapa tak boleh pula. Atok tak marah la. apa dier?” Ahmad menghampiri Firdaus


“eerrmm… kenapa Ibu dan ayah adik nak tukarkan sekolah kat sini?. Sekolah yang lama tu tak bagus ke tok?” mata dilarikan tepat kearah mata atuknya.


“sebenarnya, atuk sendiri pun tak tau apa sebab utamanya. Yang atuk tau, Ibu dan Ayah kamu nak kamu hidup berdikari. Mengusap-usap kepala cucu kesayangannya.


Mendengar jawapan berdikari sahaja, Firdaus terus menundukkan pandangannya dan bingkas bangun terus menuju ke bilik tidur. Walaupun Ahmad bukan ayah kepada Firdaus, tetapi dirinya mengerti apa yang tersirat dihati seorang remaja seperti Firdaus dikala perkara seperti ini berlaku. Ahmad meneruskan aktiviti pada malam hari dengan membaca al-Qur’an untuk beberapa muka lagi.


Kreekk… pintu ditolak. Kelihatan Aminah masuk kebilik Firdaus dengan membawa pakaian sekolah yang baru dibeli.


“adik…ni Ibu ada belikan baju sekolah baru untuk adik pakai ke sekolah pada esok pagi. Ibu dah siap gosokkan dah” meletakkan baju disisi katil.


“eh…terlupa pula. Ada satu lagi barang yang ibu lupa nak ambil. Kejap ye.” Aminah berlalu pergi meninggalkan Firdaus dan baju barunya


Firdaus membelek-belek baju barunya. Selang beberapa minit, Aminah masuk semula dengan membawa kasut dan beg sekolah yang baru. Wah….masuk sekolah baru, semuanya baru.


“kasut dan beg sekolah ni Ibu letak kat tepi pintu ni ye. Esok jangan lupa pula kat mana tempatnya. Dalam beg tu, Ibu dah siap masukkan alat-alat tulis yang lengkap.” Menghampiri Firdaus yang masih muram dan tidak bermaya disisi katil.


“kenapa dengan adik ni?” mengusap-usap kepala anaknya


“takde apa-apa la Ibu.” Jawapan yang ringkas tetapi maksud mendalam.


“hhmm…dah la tu. jangan la nak merajuk lagi. Adikkan anak lelaki dalam keluarga ni. Adik dah besar, mestilah belajar hidup berdikari. Kalau tak, sampai bila-bila adik takkan menjadi seorang yang berani.” Memegang erat bahu kiri Firdaus.


“…” Firdaus membisu lagi. Kali ini disertai dengan muka yang muram.


“eh…dah pukul 11 malam ni. Dah…dah….jangan fikir yang bukan-bukan lagi. Sekarang adalah masa untuk tidur.” Aminah bingkas bangun menuju ke pintu.


Lampu bilik dimatikan dan pintu bilik ditutup rapat. Firdaus yang tadi hanya duduk disisi katil, terus berbaring dengan mengadap kearah kanan dan menutup mata.


Firdaus tidak memberikan respon yang baik semenjak dari peristiwa dibilik pengetua pagi tadi sampai la malam tu. mungkin dirinya tidak bersedia lagi untuk berjauhan dari keluarga. Apa-apa pun, kita lihat ceritanya pada keesokan hari.

No comments: