Babak 1
Disuatu pagi yang nyaman.
Di sebuah Negara yang pesat membangun.
Kedengaran bunyi kicauan burung berselang seli dengan deruan angin sepoi-sepoi bahasa. Dalam keadaan matahari yang sedang meninggi itu,seorang remaja masih lagi enak dibuai mimpinya.
“wahai sahabat-sahabat ku sekalian, ayuh kita meneruskan perjuangan ini. Jangan sesekali kita gentar dan takut pada selain dari Allah. Semua manusia dimuka bumi ini akan mati. Tetapi yang membezakan semuanya adalah disana nanti”.
Firdaus terasa badannya digerakkan.
“adik, cepat bangun nak. Ayah kamu sedang bersiap tu, nanti kena tinggal dek ayah kamu tu baru tahu. cepat siap”kata Aminah Binti Abu Bakar,ibu kepada Firdaus.
Aminah adalah seorang ibu yang penyayang tetapi tegas dengan pendiriannya. Mata dibuka untuk melihat suara siapakah itu.
“oh, ibu yang ku sayangi rupanya”bicara hati Firdaus taktala matanya dibuka.
“eemm… baiklah Ibu” mengeliat.
“Assalamualaikum dan selamat pagi Ibu” sapaan diawal pagi dari anak kepada ibu.
Kata-kata itulah yang sering keluar dari mulut Firdaus taktala bangun dari tidur.
”dah..dah..pergi siap cepat, ibu nak ke bawah sekejap untuk menyediakan sarapan pagi kita”sambil tersenyum manis pada anak kesayangannya.
Sambil mengemaskan katil, firdaus sempat “ON” computer riba miliknya untuk mengakses internet. Sebaik sahaja katil sudah dikemas, Firdaus melabuhkan punggungnya diatas kerusi berhadapan dengan laptop kesayanganya itu. Beginilah setiap kali sebaik sahaja bangun dari tidur.
“hhmm..rasa-rasanya semalam ada e-mail yang aku belum baca, baik aku buka sekejap semantara masih ada masa lagi ni”bicara hati Firdaus yang tidak sedar Ibunya kembali semula kebiliknya untuk melihat keadaan anak kesayangannya itu.
“Ya Allah adik, ibu dah suruh kamu bersiap cepat kan?. Kamu nak kena marah dengan ayah?.
“Dah…dah…tinggalkan laptop tu dan pergi mandi cepat”kata ibunya dalam nada marah bercampur sayang kerana Firdaus adalah satu-satunya anak mereka berdua iaitu antara Ghazali dan Aminah.
“ala ibu, sikit saja lagi ni” Firdaus yang tidak mahu mengalah kerana mengetahui perkara yang dia mahu lakukan tu hanya sekejap sahaja. Sedang leka membaca e-mail yang dihantar oleh rakanya itu, tiba-tiba “tup” suis utama laptop ditekan. Firdaus terkejut lalu berpaling kearah belakang. Dilihatnya seorang lelaki berumur dalam linkungan 40an, badan berisi tetapi tidak gemuk dan seorang yang tinggi. Itulah dia ayah kepada Firdaus, En. Ghazali Bin Muhammad.
“kenapa tidak siap lagi ni, nanti kita terlewat sampai ke kampung”kata ayahnya dengan nada marah.
Ghazali seorang bapa yang penyayang. Hanya kadang-kadang sahaja dia akan menjadi seorang yang garang terhadap sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan. Walaupun dirinya tidak berpuas hati, Firdaus hanya mampu mengikut kehendak ayahnya itu. Kerana sejak dari kecil dirinya telah diasuh untuk tidak melawan kata-kata ibubapa yang telah membesarkan dirinya.Firdaus mengerti apa itu derhaka terhadap kedua ibubapa.
“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia[850].” (surah Al Israa' : 23 )
[850]. Mengucapkan kata ah kepada orang tua tidak dlbolehkan oleh agama apalagi mengucapkan kata-kata atau memperlakukan mereka dengan lebih kasar daripada itu.
Dengan pantas, firdaus mencapai tuala dan segera bersiap untuk memastikan dirinya tidak ditinggalkan oleh keluarganya.
“Allahumma inni…a’uzhubika minal hubsi wal khobais”
Sementara Firdaus mandi, ibunya membantu mengemaskan pakaian milik Firdaus yang akan dibawa bersama balik ke kampung.


No comments:
Post a Comment