Sunday, March 30, 2008

Babak 17


Kelihatan Firdaus dan Amin baru sahaja memasuki perkarangan sekolah lalu menuju terus ke tempat basikal.


“eerrmm.. masa disekolah lama dulu, ko ada aktif dalam persatuan ataupun kelab tak?” Amin merenung tepat pada wajah sahabatnya


“eerrmm..nak kata aktif tu, tak la jugak. Ada la sikit-sikit. Tapi kenapa?”


Amin mula menceritakan berkenaan persatuan yang dirinya sertai. Dari A sampai la Z perkara-perkara yang berkaitan dengan Persatuan Pendidikan Islam diceritakan kepada Firdaus. Setelah raut wajah Firdaus menunjukkan minat pada apa yang diceritakan, Amin mengambil kesempatan untuk mengajak sahabatnya itu menyertai persatuan berkenaan. Pada awalnya, Firdaus agak berat hati memandangkan dirinya masih baru di sekolah berkenaan dan masih lagi tidak dapat menyesuaikan diri sepenuhnya, tetapi setelah dipujuk oleh Amin, akhirnya hati firdaus lembut untuk terjebak dengan Persatuan Pendidikan Islam. Perbualan mereka terhenti bila mana guru untuk matapelajaran pada pagi itu masuk ke dalam kelas mereka.


“bangun semua!” Arahan daripada Amin selaku ketua kelas


“Assalamualaikum…cikgu”


Serentak semua pelajar-pelajar kelas 4 Arif mengucapkan salam


“waalaikumsalam...”


“baiklah..semua boleh duduk. Hari ini, cikgu akan mengajar topik 2. Sila buka muka surat 20”


*****


Kring…


Kedengaran bunyi loceng yang menandakan tamatnya sesi persekolahan untuk hari ini. kelihatan pelajar-pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas masing-masing menuju ke pintu pagar utama sekolah. Ada yang balik sendiri dan ada juga yang balik berjemput.


“eerrmm… petang ni, ko kena ikut aku. Ada perjumpaan Persatuan Pendidikan Islam untuk kali kedua pada tahun ni. Aku nak kenalkan ko dengan mereka semua.” Sambil tangan memegang bahu Firdaus


“eerrmm… petang tu, dalam jam berapa?. Kalau masanya ok, insyaALLAH… ok kotttt….” Teragak-agak memberikan jawapan


“eermm.. selalunya dalam jam 3.00 petang”


“owh… hhmm… eerrmm… ok kott… tapi aku kena balik dulu la.nak gitau atok dan nenek ku”


“ok..ok…sekarang ni pukul 1.50petang. jadi, aku tak balik… takut tak sempat sampai pada waktunya. Pastikan ko tak lambat sangat ye.” Menepuk bahu Firdaus.


“ok..ok…aku jalan dulu la. takut tak sempat pulak nanti….. assalamualaikum…” bergegas ke tempat basikal untuk mengambil basikal.


Firdaus mengayuh basikal sekuat hati untuk tidak menyebabkan dirinya terlewat sampai di sekolah. sebaik sahaja sampai dirumah, dirinya segera menyampaikan hajatnya untuk pergi ke sekolah semula kerana ada perjumpaan Persatuan Pendidikan Islam. Berkemungkinan balik dalam jam 5 petang.


Setelah mendapat keizinan daripada atok dan neneknya, dia terus menuju ke bilik air untuk mengangkat wuduk serta mengerjakan solat zuhur bersendirian. Firdaus tidak lupa untuk mendoakan kedua ibubapanya yang tinggal berjauhan di Kuala Lumpur sana. Selesai berdoa, Firdaus melipat sejadah menukar seluar dan memakai baju yang sesuai untuk perjumpaan itu lalu menuju terus ke dapur untuk menjamah makan tengah hari.


Firdaus melihat pada jam ditangan kanannya


“eh…dah pukul 2.30ptg ni…. Nanti terlewat pulak.”


terus mencapai tangan atuk dan neneknya untuk dicium dan mendoakan keselamtannya semasa berada diluar rumah. membaca doa menaiki kenderaan dan memulakan kayuhan dengan ucapan Bismillah…


*****


Firdaus mengayuh basikal agak kuat, tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu laju. Kerana tidak ingin berpeluh terlalu banyak semasa sampai disekolah nanti. Kayuhan demi kayuhan dibuat oleh Firdaus demi untuk membolehkan dirinya sampai ke destinasi yang ingin ditujui.


Semasa dalam perjalanan…..


“eerrmm… ada apa-apa masalah?. Boleh saya bantu?” sapaan yang ringkas keluar dari mulut Firdaus.


“….” Gadis berbaju putih tidak pedulikan pertanyaan daripada Firdaus.


Firdaus tidak berpuas hati kerana pertanyaannya tidak dijawab.


“maaf . Saya tidak berniat untuk menganggu saudari. Cuma, saya nampak saudari sedang dalam masalah sekarang ni. Boleh saya bantu?”


“rantai tertanggal” jawapan yang ringkas.


“owh ye ke… ok…ok….. Biar saya cuba betulkan. Rasanya sikit je ni.”


Setelah berhempas pulas mencuba, akhirnya dapat juga Firdaus membetulkan kembali rantai basikal yang tertanggal. Dia menepuk-nepuk tangan beberapa kali menandakan kerjanya telah selesai dilaksanakan.


“eerrmm..ok. dah beres. Sikit je tu.”


“terima kasih” berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang.


Firdaus mencari daun yang agak besar untuk mengesat kesan minyak pada tapak tangannya itu. Tanpa berfikir apa-apa, dia memulakan kembali kayuhan.


*****


Kelihatan Amin sedang menunggu di tempat letak basikal dengan muka yang agak cemas.


“assalamualaikum….. maaf kerana lambat” sapaan dari Firdaus


“waalaikumsalam… kenapa boleh lambat ni?”


“eerrmm… tadi, masa dalam perjalanan…”


Tak sempat Firdaus menjelaskan kenapa dirinya terlambat sampai, Amin menarik tangannya untuk terus berjalan. Mungkin kerana Amin menyedari mereka telah terlewat sampai. Mereka sampai di kelas 1 cerdik yang berada di blok A1. Firdaus agak kaku semasa ingin meneruskan langkahan memasuki kelas 1 cerdik dimana perjumpaan itu dibuat. Kelihatan dalam 30 orang pelajar sudah berada didalam kelas. Mereka sama-sama masuk kedalam kelas dan duduk dibahagian belakang yang jauh daripada pintu masuk tetapi dekat dengan tingkap.


“Amin… mari sini sekejap.”


Amin mengatur langkahan menuju kehadapan kelas.


“saya ustazah”


“hari ini, ustazah nak Amin bincang dengan kawan-kawan semua berkenaan aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan dalam bulan ni”


“baik ustazah”


“dan satu lagi….”


“apa die ustazah?”


“errmm… rasa-rasanya, kawan yang datang bersama dengan awak tadi tu, budak barukan?” senyum


“a’a…dia baru sahaja berada disekolah ni… baru seminggu”


“haa… suruh la kawan baru awak tu perkenalkan diri…. Taaruf sikit.”


“hehe… boleh…boleh..”


Amin memulakan perjumpaan dengan bacaan ummul kitab dan doa buka majlis. Seterusnya, meneruskan dengan agenda yang telah diberitahu oleh penasihat Persatuan Pendidikan Islam iaitu Ustazah Murni Binti Rashid. Setelah selesai kesemua agenda perjumpaan pada petang itu, Amin mempersilakan Firsdaus untuk memperkenalkan diri sedikit. Supaya semua yang hadir dapat mengenali dirinya serba sedikit.


Firdaus mengatur langkahan dengan baik. Maklum la… (NEBES punye pasal). Sebaik sahaja berdiri dihadapan kelas…


“eh… kenapa macam kenal je perempuan bertudung putih tu. kalau tak salah, aku pernah nampak dier masa hari pertama aku berada kat sekolah ni, iaitu masa sesi lawatan ke sekeliling sekolah.” Firdaus bermonolog sendirian.


“aahh….. biar je la…”


Meneruskan ucapan walaupun pada ketika itu, rasa macam nak tercabut jantung daripada tempatnya.

Tuesday, March 25, 2008

Babak 16


Keadaan persekitaran di kampung Tanjung Air Hitam agak gelap dek kerana sang Matahari masih belum bangun dari tidurnya ditambah pula dengan kabus memenuhi segenap ruang. Jalan utama kampung berkenaan masih sunyi dari kehadiran manusia.Dari jauh Kelihatan dua lembaga sedang mengayuh basikal beriringan menuju ke arah sekolah Menengah Tanjung Air Hitam. Rupa-rupanya mereka adalah Firdaus dan Amin. Beginilah setiap kali di pagi hari. Mereka akan bertolak ke sekolah pada awal pagi, untuk mengelakkan dari terlambat sampai.


Firdaus masih lagi tidak dapat membiasakan diri dengan keadaan sejuk dipagi hari.


“ggrr… sejuk betui pagi ni. Habis menggigil seluruh badan ku.” Menggigil seluruh badan


“eh…aku tengok, ko biasa je?” tegur Firdaus.


“eerrmm…nak kata sejuk, ok je kot. Mungkin sebab aku dah biasa.” Tersenyum sahaja.


“eh..lupa pulak nak cakap”


“hari ini kalau aku ajak ko datang umah ku, nak tak?”


“datang umah ko?.” Berfikir sejenak sambil mengayuh basikal.


“ok jugak tu. aku nak juga kenai dengan ayah dan mak ko. Kalau ada adik, ok jugak” sempat berseloro.


“eh..kesitu pulak budak ni. Byk la ko….. errrmm… ok. Balik nanti, kita terus gi umah ku je la.”


“alamak…lupa pula. Aku kena gitau nenek dan atuk ku dulu. Kalau tak, mereka akan risau nanti.”


“ok..ok…xpe….balik nanti, aku nak singgah (PUBLIC PHONE) kejap. Nak bagitahu mereka.”

Mereka sempat sampai ke sekolah sebelum loceng dibunyikan. Pada hari berkenaan, mereka telah mula belajar mengikut silibus yang dikelurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Antara subjek-subjek yang diambil oleh mereka adalah Prinsip Akaun, Perdagangan, Tasawur Islam, Ekonomi Asas, Sejarah, Pendidikan Islam, Matematik, Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan sains. Subjek kesukaan Firdaus adalah subjek yang berkaitan dengan Agama Islam.


*****


Kring…


“eerrmm…ko tunggu jap kat basikal ni, aku gi telefon atuk kejap. Tunggu tau.”


Setelah mendapat kebenaran daripada atuk dan neneknya, Firdaus meneruskan ziarahnya itu dengan kayuhan basikal yang agak laju.


“assalamualaikum…ayah…ibu….amin dah balik ni” segera sandarkan basikal miliknya ditiang bawah rumah. berlari untuk mendapatkan ibu dan ayahnya.


“waalaikumsalamwarahmatullah….eh anak ibu dah balik”


Amin mendapatkan tangan ibunya lalu dikucup sambil dilihat oleh Firdaus.


“ibu…ni Amin nak kenalkan kawan baru Amin disekolah. Nama dia Firdaus”


“assalamualaikum makcik….” Sambil menundukkan dirinya sedikit untuk menandakan hormat pada yang lebih tua.


“waalaikumsalamwarahmatullah…. Ohh…. Inilah dia Firdaus yang selalu Amin ceritakan tu ye. Wah.. berseri-seri muka dia. Budak baik ni.”


Muka Firdaus kemerah-merahan bilamana perkataan itu keluar dari mulut makcik yang baru pertama kali melihatnya.


“hehe…suka la dia tu.” Amin sempat mengusik Firdaus yang dalam keadaan malu.


“eh.. .lupa pula. Mak cik nak ke dapur kejap, nak buatkan minuman untuk Firdaus. Duduk la dulu ye. Sambil-sambil tu, nanti makcik panggilakan ayah si Amin ni.” Berlalu pergi menuju ke dapur


Firdaus duduk dibangku kayu yang diletakkan dihadapan rumah. sementara itu, Amin masuk kebilik sebentar untuk menukar pakaian dan membersihkan diri. Selang beberapa minit, kelihatan Yusof muncul dari dapur dengan senyuman manis. Firdaus yang duduk sebentar tadi, bingkas bangun untuk bersalam dengan ayah Amin.


“assalamualaikum pak cik”menghulurkan tangan


“waalaikumsalamwarahmatullah...” menyambut tangan firdaus


“eh…jemput duduk dulu. Kejap lagi makcik bawakan air.”


Sementara menunggu air sampai, Firdaus dan Yusof berbual panjang. Sedang asyik mereka berbual, Mariam datang dengan membawa air untuk dihidangkan kepada tetamu mereka. Kemudian, Amin keluar dari biliknya dengan memakai pakaian yang sesuai untuk ke hutan. Firdaus pelik dengan keadaan sedemikian. Yosuf tidak membenarkan anaknya ikut ke hutan pada hari berkenaan kerana dia ada tetamu untuk di layan. Amin akur dengan kehendak ayahnya. Yusof dan keluarganya yang lain tidak dapat berbual lama dengan Firdaus, lantas meminta izin untuk pergi mencari rezeki. Sementara Amin disuruh untuk menemakan Firdaus dirumah.


“eh… keluarga ko semua nak kemana tu?” Firdaus dahagakan jawapan daripada sahabatnya itu


“eerrmm… mereka semua keluar untuk mencari rezeki bagi kelurga kami.” Ringkas dari Amin


“eermm..kalau tak keberatan, boleh ku tahu apa pekerjaan kamu sekeluarga?.” Berharap


“mengumpul kayu api dihutan dan menguruskan kebun” tunduk


“owh ye ke. Kalau macam tu, nape tak pergi sekali?. Marilah pergi ikut mereka.”


Amin tidak menyambut cadangan sahabat baiknya itu. Malah amin lagi selesa kalau mereka berdua berbual sahaja disana. Tetapi keadaan tidak mengizinkan untuk berbual panjang. Firdaus terpaksa balik kerana sudah berjanji tidak akan lama.


Setelah mengakhiri tegukan air yang dibancuh oleh ibu Amin, dia meminta diri untuk pulang.

Babak 15


Kilauan sinaran yang dihasilkan oleh lampu minyak tanah di sudut meja digunakan untuk membaca mushaf Al-Qur’an resam uthmani milik Amin. Menjadi kebiasaan bagi dirinya akan membaca al-Qur’an pada sebelah malam serta cuba untuk menghafalnya. Itulah niat suci yang lahir daripada hati nurani seorang remaja bernama Amin yang hidupnya serba kekurangan tetapi tidak pernah merungut. Selepas membaca dalam 5 muka surat, Amin akan beralih pula pada aktiviti hariannya yang seterusnya iaitu berlatih silat bersama ayahnya. Selalunya, masa latihan mereka adalah dalam jam 9 malam(mengikut kesesuaian masa) dan dilakukan 3 kali seminggu. Amin belajar silat bukan kerana ingin kuat, tetapi dia belajar silat adalah kerana ingin mempertahankan diri,keluarga dan juga Islam yang tercinta.


“Amin…. Cukuplah setakat itu untuk malam ni. insyaALLAH….lain kali kita sambung lagi.” Melangkah menuju ke atas tangga untuk duduk sebentar.


“baik ayah.” Mengikut belakang ayahnya.


Di atas tangga, Mariam sudah menunggu kedua beranak itu dengan 2 gelas cawan beserta 1 jug air.


“eerrmm…abang….amin….ni saya ada sediakan air untuk menghilangkan haus” sambil menghulur pada merea berdua.


“terima kasih banyak-banyak. Ni yang menyebabkan abang sayang lebih kat awak ni” tersenyum panjang pada isterinya.


Walaupun Amin berada disamping ayah dan ibunya, dia tetap cuba untuk tidak mendengar perbualan antara kedua ibubapanya.


“ha…Amin…. Bagaimana dengan persekolahan untuk tahun baru ni?” sambil mengusap-usap kepala anaknya.


“eerrmm… ok je bah. Hehe…. Ami ada kawan baik yang baru. Dia budak Bandar tetapi ayah dan ibunya hantar dia untuk bersekolah di kampung. Dia kata sebab nak bagi dirinya berdikari”


“owh ye ke…hhmm… pilihan ayah dan ibu selalunya untuk kebaikan anaknya juga”. Tersenyum memandang
anaknya.


“nanti…bawak la kawan baru Amin datang sini. Kenalkan dengan ayah dan Ibu. Boleh?”


“eerrmm… insyaALLAH…Amin cuba bah. Tapi bah… takpe ke?” Amin seperti risau akan sesuatu.


“eehh…kenapa pulak tak boleh?. Manusia disisi Allah s.w.t. adalah sama sahaja. Yang membezakannya adalah amalan seseorang itu. Biarlah kita miskin harta, tetapi….jangan sekali kita miskin dalam bab agama(amalan,hati dan lain2).


Amin tersenyum mendengar jawapan daripada ayahnya.


“eerrmm….bang, saya minta diri dulu. Nak ajar si Amirah dan Muadz tajwid al-Qur’an.” Bangun untuk beredar.


“hhmm..baiklah. ajarlah anak kita tu sebaik yang mungkin.” Sambil menghirup air kopi yang dibancuh oleh
Mariam.


“eh..dah…dah…. habiskan kopi tu cepat. Lepas ni, pergi belajar sementara ada masa sebelum tidur. Ayah harap, kamu belajar rajin-rajin.” Sambil memgang bahu belah kiri Amin.


Amin hanya diam membisu. Sambil-sambil cuba menghabiskan kopi dalam cawan ditangannya.


Malam tu seperti biasa, Amin akan membelek buku mengikut jadual yang telah disusunnya.


“hari ini sejarah dan Pendidikan Islam” Amin bermonolog sendirian.


Cara Amin menghafal dan memahami kedua-dua subjek ini adalah dengan membuat nota yang berwarna-warni dan pendek tetapi padat. Dengan itu, dirinya lebih senang untuk membaca dan menghafalnya kerana notanya ada daya penarik untuk dibaca. Lagi beberapa minit, akan melangkah ke hari baru. Kelihatan Amin masih lagi dengan nota sejarahnya walaupun dirinya mengetahui hari telah lewat. Menjadi kebiasaan Amin mendisiplinkan dirinya untuk tidur sebaik sahaja jam menunjukkan 12.00 malam.


Teng…teng….teng….


Kedengaran jam di ruang tamu berbunyi


“eh…dah pukul 12 ni. Cukuplah setaka tu untuk hari ini. insyaALLAH…esok aku leh sambung lagi.” Menyusun buku dan menutup lampu meja.


“Bismikallah humma ahya waamu”


Begitulah rutin harian Amin di rumahnya. Walaupun nampak seperti payah, Amin sudah biasa dengannya. Malah bersyukur hidup seperti itu.

Babak 14


Matahari sudah mula condong ke arah barat yang menyebabkan “bahang” panas sudah semakin berkurangan. Angin bertiup dengan agak kuatnya pada petang itu. Kelihatan seorang budak lelaki menaiki basikal masuk ke perkarangan rumah.


“assalamualaikum……ibu…ayah…. Amin dah balik ni” turun dari basikal dan menyandarkan basikalnya di tiang bawah rumah.


“waalaikumsalamwarahmatullah….. ehh…anak Ibu dan balik. Masuk nak….masuk….” sambil melambai-lambai mengajak anaknya naik ke atas rumah.


Amin membasuh kaki dengan air yang diletakkan dalam balang takungan disebelah tangga. Bergegas naik kerumah lantas mencium tangan dan pipi ibunya tanda kasih dan hormat pada orang yang melahirkan dirinya. Siti Mariam Binti Huzaifah adalah ibu kepada Amin. Seorang yang penyayang malah tabah dalam menghadapi dugaan hidup.


“eerrmm….ibu…. ayah mana?” terjenguk-jenguk melihat sekitar kawasan rumah.


Mariam tersenyum apabila Amin menanyakan berkenaan ayahnya


“ada kat belakang rumah. ayah sedang mengasah parang dan kapak untuk dibawa bersama nanti. Amin nak ikut ayah?” mengusap-usap kepala anaknya


“nak…nak….Amin nak ikut ayah. Amin nak bantu ayah cari kayu api kat dalam hutan sana tu. best buat kerja tu.” tersenyum sambil menunjukkan “GOOD” pada ibunya.


“alhamdulillah…. Macam tu la. tapi ingat, pelajaran tu jangan tinggal.”

“insyaALLAH….ibu jangan risau. Amin dah bahagi-bahagikan masa untuk semua tu” tersengeh pada ibunya.

“ibu..Amin nak cari ayah sekejap. Lepas tu….mungkin terus ikut ayah ke dalam hutan”

“hhhmm…pergilah….tapi ingat….jaga diri tu baik-baik ye..”

“baik ibu.” Berlalu pergi menuju ke belakang rumah untuk mendapatkan ayahnya

Ketika itu, Yusof sedang sibuk mengasah parang miliknya tanpa menyedari Amin berada dibelakang.

“assalamualaikum ayah….buat apa tu?” sapaan yang ringkas dari Amin

“waalaikumsalam…… eh…Amin...bile samapai?. Ayah tengah sibuk mengasah parang ni untuk masuk hutan kejap lagi” berhenti seketika dari mengasah parang dan berpaling mengadap anaknya.


Amin dengan pantas mendapatkan tangan ayahnya lalu dicium.


“ayah….Amin nak tolong asahkan kapak ni boleh?” jari telunjuk menunjukkan ke arah kapak.


“boleh….tapi ingat….jaga baik-baik tangan tu. nanti terluka pula” memberikan batu asah kepada anaknya


“baik ayah” memulakan mengasah kapak


Setelah jam menunjukkan lebih kurang pukul 2.30 petang, mereka mula bertolak masuk kedalam hutan untuk mencari kayu api. Sementara itu, Mariam dan dua orang lagi anaknya iaitu Nur Amirah dan Muadz mula ke kebun milik mereka untuk menguruskannya seperti hari biasa. Di kebun mereka, ada berbagai-bagai jenis sayur dan buah ditanam. Antaranya ialah sayur bayam, sawi,cili, pisang, betik, rambutan, pelam dan banyak lagi .Biasanya, Amin dan ayahnya akan keluar dari hutan lebih kurang setelah 1 jam setengah berada didalam hutan. Yusof sudah mahir dengan selok-belok hutan dikawasan mereka tinggal dan ianya telah diwarisi oleh Amin yang juga sudah mula mahir dengan hutan berdekatan rumah mereka. Selepas mengumpulkan kayu api, Amin akan terus ke kebun milik mereka untuk membantu Ibunya berkebun. Sementara Yusof balik ke rumah untuk menguruskan kayu api yang telah mereka kumpul itu.


Kayu api yang mereka cari, setengah daripadanya akan dijual kepada pelanggan-pelanggan tetap dikampung berkenaan sementara yang selebihnya akan digunakan untuk kegunaan keluarga mereka.Manakala hasil daripada kebun juga akan dibahagi 2. Sebahagian akan dijual di kedai-kedai yang berdekatan (pelanggan tetap) manakala yang selebihnya akan di jadikan lauk harian mereka. Memandangkan keluarga mereka miskin, kekerapan mereka untuk menggunakan tenaga elektrik adalah sangat sedikit.

Babak 13


Ketika ini, Firdaus masih lagi baru bagi pelajar-pelajar di SMK Tanjung Air Hitam. Mereka masih lagi tidak mengenali siapa sebenarnya Firdaus. Ditambah lagi dengan perwatakkan Firdaus yang tidak berapa pandai bergaul, mengurangkan lagi untuk orang lain berkawan dengannya. 4 Arif adalah kelas perdagangan. Kalau mengikut turutan kelas, ianya mungkin kelas agak belakang. Tetapi, kalau tidak diambil kira turutan kelas, tiada beza langsung antara satu kelas dengan kelas yang lain. Ianya hanya dibezakan dengan subjek yang diambil.


“eh… aku lupa nak tanya ko la. ko asal mana?. Sebab…aku tak pernah Nampak ko kat kampung ni. Kalau tengok pada gaya ko, macam bukan budak dari kampung je.” Memandang Firdaus atas bawah…atas bawah.


“eh…nape ko pandang aku camtu. Aku manusia juga la. ok la. aku cerita sikit latar belakang aku” sambil mecari tempat duduk di salah satu pondok berdekatan Kantin sekolah.


Firdaus menceritakan segala berkenaan dengan dirinya. Termasuklah dari mana asal, ayah dan ibu kerja apa. Kalau tadi Amin berdiri ketika Firdaus mula bercerita, dia mula duduk bersila didepan Firdaus untuk mendengar lagi cerita mengenai diri sahabat barunya itu. Ternyata, cerita mengenai diri Firdaus telah menarik minat Amin untuk mendengarnya.


Krinnggg…


“alahai… cepat sangat la masa berlalu. Tengah syok dengar cerita, dah kena masuk kelas” sambil menepuk tanah kerana tidak puas mendengar.


“hehe… ye la tu. lain kali aku nak dengar kisah ko pulak la. boleh kan?.” Tersengeh pada Amin


“eerrmm… tak payah la ko dengar pasal diri aku ni. Aku takde kisah yang menarik untuk dikongsi” sambil berlalu pergi meniggalkan Firdaus keseorangan dibawah pondok.


“eh…kenapa pulak dengan si Amin ni. Hhmm…takpe la. mungkin dia ada rahsia yang tak boleh bagitau orang lain agaknya…… eerrmm…. Ehh..Amin!…tunggu aku. Laju sangat la ko jalan” berlari anak untuk mendapatkan sahabatnya.


“ala…ko ni jalan lambat sangat la”


“eleh…ko yang jalan dulu, sebab tulah aku tertinggal. Bukannya aku jalan lambat. Tolong sikit ekk”


Mereka bergurau sampai kedalam kelas sementara menunggu cikgu untuk subjek seterusnya masuk.


Jam menunjukkan pukul 1.50 petang.


“eh… hari ini aku naik basikal. Boleh la kita jalan sekali” membuka rantai yang mengunci basikal.


“huhu… basikal sape ni?. Ok set. Kita balik sama-sama”


“atuk aku yang bagi basikal ni. Tapi pinjam je la.atuk aku kata basikal ni turun temurun tu.” mengangkat kening beberapa kali.


“huhu…ye ke?. Best nye.”


Firdaus dan Amin menaiki basikal melalui jalan yang sama. Sehinggalah sampai disatu simpang, mereka terpaksa berpecah jikalau ingin sampai ke rumah masing-masing. Mereka telah berjanji untuk pergi dan balik dari sekolah bersama-sama. Kalau pergi jumpa di simpang ini dan kalau balik, akan berpisah di simpang ini juga.


Amin meneruskan perjalanan kerumahnya yang sejauh 1km dari simpang tadi. Amin adalah anak sulung dari 3 adik beradik. Adiknya yang paling besar bernama Nur Amirah binti Yusof yang pada ketika ini ditingkatan 2 dan yang paling kecil bernama Muadz Bin Yusof berumur 12 tahun iaitu darjah 6. Kehidupan Amin sekeluarga tidaklah begitu senang jika nak dibandingkan dengan kawan-kawan sekolah dia.. Namun, mereka sekeluarga tabah menghadapinya. Yusof adalah seorang petani . Disamping itu, Yusof juga adalah seorang guru silat yang terkenal di setiap pelosok kampung. Bila sebut sahaja Haji Yosuf bin Abdul Rahman, semua orang kenal akan ketangkasan dan sifat merendah dirinya. Walaupun seorang yang hebat dimata manusia, Yusof tidak menunjukkan keangkuhanya malah dia adalah seorang yang rendah diri dalam bahasa yang molek Tawaduk.

Babak 12


Pada keesokkan harinya, Firdaus bangun lebih awal. Mengalahkan semua orang yang berada dalam rumah itu. Firdaus bergerak kearah bilik air untuk mengangkat wuduk dan selepas itu, dia solat taubat 2 rakaat. Pada pagi tu, Firdaus banyak menangis kerana mengenangkan dosa-dosa yang telah dilakukan pada masa lalu. Disamping itu, Firdaus juga ada berdoa supaya ikatan kekeluargaan antara mereka anak beranak tidak goyah. Firdaus juga berdoa supaya sepanjang dirinya berjauhan daripada keluarga, tabah dan cekal menghadapi dugaan hidup. Moga dirinya terhindar dari melakukan dosa-dosa besar mahupun kecil. Rintihan demi rintihan yang keluar dari mulut anak remaja ini sampaikan dirinya terlelap diatas sejadah using rumah atuknya. Tidak berapa lama selepas itu, Ghazali masuk kebilik Firdaus untuk mengejutkan bangun subuh seperti biasa. Alangkah terkejut dirinya apabila melihat Firdaus tidur diatas tikar sejadah. Sejuk hatinya melihat anaknya sudah mula untuk bangun solat malam.


“Alhamdulillah…moga-moga ianya akan kekal hingga keakhir hayat” doa yang terbit apabila melihat anaknya tidur diatas sejadah.


Ghazali tidak membuang masa, terus mengejutkan anaknya.


“adik….adik…bangun nak. Dah nak masuk waktu subuh ni. Pergi bersiap-siap cepat” mengerakkan tubuh anaknya.


“hhmm.....”mengeliat.


“eh….dah nak subuh ke?. Cepatnya masa berlalu” firdaus membetulkan kain dan baju melayunya. Lantas bergerak keluar untuk duduk bersama dalam saf solat.


Allahu Akbar…Allahu Akbar…


Firdaus melaungkan azan seperti biasa. Solat diimamkan oleh Ghazali. Selesai solat, Ahmad akan memberi sedikit tazkirah kepada semua ahli keluarganya. Ada kelainan sikit pada kali ini. Firdaus dapat menahan mengantuk hingga selesai tazkirah, keadaan itu disedari oleh semua ahli keluarganya.


Jam menunjukkan pukul 6.45pagi.Suasana diluar masih gelap dan kesukaran untuk berjalan adalah tinggi. Ahmad kelihatan keluar dari rumah menuju ke bangsal belakang rumah bertemankan lampu picit. Fatimah dan Aminah sibuk didapur menyiapkan sarapan pagi. Ghazali pula sibuk mengemas barang-barang yang akan dibawa balik ke Kuala Lumpur. Setelah itu, dia ke keretanya kerana ingin memastikan kereta dalam keadaan baik. Firdaus pula sibuk mempersiapkan dirinya untuk hari kedua di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Air Hitam. Setelah siap memakai pakaian dan menggalas beg sekolah, Firdaus menjamah jemput-jemput yang masih panas lagi berserta teh tarik yang menjadi kesukaan dirinya. Kelihatan Ahmad baru keluar dari bangsal belakang rumah dengan membawa sebuah basikal.


“adik….dah siap ke belum?” teriakan Ahmad dari halaman rumah.


“belum lagi tok. Tengah menjamah makanan ni. Sedap sangat la tok sampai nak tambah banyak kali”. Sempat lagi berseloro dengan atoknya.


“ala kamu ni…balik nantikan boleh makan lagi. Ni ha….dah jam berapa dah ni. Nanti terlewat sampai ke sekolah pulak.” Ahmad menunjukkan jam pada tangannya.


“terlewat sampai ke sekolah?. Kenapa pulak boleh lewat?. Kan masih awal ni. Naik kereta sekejap je boleh sampai sana” balas Firdaus.


“naik kereta apa nye….hari ini kamu kena pergi sendiri . ayah dan Ibu kamu nak gerak dah ni. Tak sempat nak hantar kamu.” Sambung ahmad lagi.


“apa??.....habis tu tok. Adik nak naik apa gi sekolah ni?” Firdaus kebinggunggan.


“ni ha…atok dah siapkan kenderaan kamu untuk ke sekolah. Marilah sekejap tengok kenderaan apa yang atok maksudkan” menanti ketibaan cucunya sambil membelek-belek basikal disisinya.


“eh…. Kalau tak salah, itu basikal kan tok?.” Firdaus seakan-akan tidak percaya dia akan ke sekolah menaiki basikal.


“hehe… betul la tu. basikal. Ha…kalau kamu nak tahu…. Orang-orang kampung panggil ni dengan panggilan “basikal tua”. Hehe…, ok tak basikal ni?” memberi peluang kepada Firdaus untuk memegang basikal tua itu.


“kamu jaga basikal ni elok-elok ye. Ini basikal turun temurun ni. Atok warisi daripada ayah atok punye ayah. Ataupun dalam erti kata lain, atok punye atok la.” sambil mengusap-usap kepala Firdaus.


“owh ye ke….wah…kalau cam tu, kira ni basikal antik la ni. Caya lah atok. Kira suatu barang yang berharga ni. Susah nak jumpa basikal ni kat Bandar sana tu.” jawab Firdaus


“ok….atuk jangan risau, adik akan cuba jaga basikal ni elok-elok.” Sambil menunjukkan good kepada atuknya.


“ok…kalau camtu…pergi la cepat ke sekolah.nanti terlewat pulak.”


Firdaus berlari naik kerumah dan mencapai segala barang yang perlu untuk dibawa ke sekolah. Tangan neneknya dicium, tangan dan pipi Ibunya dicium, tangan atuknya dicium dan akhir sekali tangan ayahnya dicium. Sebelum berangkat, Ghazali sempat menghulurkan duit untuk seminggu ni dahulu. Kerana mereka akan datang pada hujung minggu ini untuk melihat bagaimana keadaan anak lelakinya sejak keberangkatannya ke Kuala Lumpur.


“assalamualaikum semua. Adik pergi dulu.” Melambai-lambai pada mereka semua.


Semakin lama, bayangan Firdaus hilang dalam kegelapan di waktu pagi. Jangka masa perjalanan dari rumah atuknya ke sekolah adalah sekitar 20 minit dengan menaiki basikal. Sepanjang perjalanan kesekolah, mulut Firdaus tidak henti-henti membaca ayatul kursi. Pertama kali berbasikal diwaktu yang gelap…ditempat yang asing….ditambah lagi dengan keseorangan….


Inilah yang dikatakan cabaran. Seorang lelaki, nak tak nak, mesti melalui sesuatu ujian yang baru bagi mematangkan dirinya. Tambahan pula, kelak….. lelaki inilah yang akan memimpin keluarganya.

Babak 11


“Cukuplah setakat itu untuk sesi persekolahan pada hari ini, esok kita sambung lagi…insyaALLAH…” ucapan terakhir daripada ustazah Maziati kepada semua pelajar kelas 4 Arif.


“bangun semua” Amin memberikan arahan


“syukran jazilan ya ustazah” ucapan dari pelajar-pelajar 4 Arif.


“eh..ko balik naik apa ni?” pertanyaan yang keluar dari mulut Amin


“eerrmm…hari ini, Ibu dan Ayah ku amik kot. Sebab…masa datang tadi mereka yang hantar” sambil mengemas beg untuk pulang.


“owh ye ke. Aku balik sendiri je. Naik basikal. Ingatkan nak jalan sama-sama naik basikal. Takpe la kalau cam tu. lain kali je kot. insyaALLAH… “ hehe…tersengeh sambil menghulurkan tangan


“hehe… insyaALLAH…lain kali agaknya. Ok…ok…jalan tu baik-baik no. jangan singgah mana-mana pulak. Terus balik rumah tau.” Sempat lagi berseloro , sambil tangan Amin disambut.


Amin balik kerumahnya menaiki basikal manakala Firdaus balik kerumah dengan dijemput oleh kedua orang tuanya. Wah… Firdaus dan Amin sudah menjadi sahabat baik walaupun baru setengah hari usia perkenalan mereka. Masa didalam kereta, Firdaus menceritakan pengalaman pertamanya disekolah berkenaan. IbuBapa Firdaus gembira dengan cerita yang disampaikan oleh anak mereka. Dengan itu, berkuranganlah perasaan berat hati ingin meninggalkan anak mereka untuk hidup berdikari disitu. Semasa didalam kereta, Aminah dan Ghazali ada menyampaikan beberapa nasihat kepada anak mereka.


“eermm…adik…. Ibu ada sesuatu nak cakap pada adik ni. Adik mseti dengar baik-baik ye.” Berpaling muka kearah belakang supaya dapat melihat wajah anaknya semasa menyampaikan pesanan. (Ibu dan ayahnya mengatakan seperti apa yang dikatakan oleh Lukmanulhakim kepada anaknya)


"01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, isinya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.


02 - orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.


03 - Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.


04 - Hai anakku; seandainya ibu dan ayah marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya kami adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman.


05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.


06 - Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.


07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal-hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.


08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.


09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.


10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.


11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.


12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.”


Disambung pula oleh ayahnya


1 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.


2 - Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang-orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.


3 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.


4 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.


5 - Selalulah baik tuturkata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.


6 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.


7 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya’ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.


8 - Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.


9 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.


10 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.


11 - Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.


12 - Hai anakku; bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.


13 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.”



Firdaus tunduk membisu. Mungkin kerana ingin memahami dan mengingati segala yang disampaikan oleh Ibu dan Ayahnya. Diamnya Firdaus terbawa-bawa sampai ke malam hinggalah dirinya tidur.


Aminah dan Ghazali ingin berbual labih lama dengan anak mereka sebelum berangkat balik ke Kuala Lumpur pada keesokan harinya. Tetapi, hajat mereka tidak kesampaian. Dek kerana kelakuan ganjil yang ditunjukkan oleh Firdaus. Aminah dan Ghazali tidak ingin memaksa anak mereka untuk berbual. Samapi sahaja ke rumah, Firdaus terus masuk kedalam biliknya dan membaringkan diri diatas katil sehingga tertidur.


Anak yang mula hendak menerima sesuatu yang baru, biasanya akan berkelakuan aneh. Contohnya diam membisu. Begitulah yang terjadi pada Firdaus.


*bukan menganalisis….tetapi sekadar dari pengalaman… (minta komen dari antum)

Babak 10


Kringg…


Loceng rehat berbunyi. Kelihatan pelajar-pelajar berpusu-pusu kearah kantin. Mungkin mereka kelaparan tahap melampau. Pelajar-pelajar kelas 4 Arif masih belum keluar dari kelas mereka.


“Bangun semua…” suara Amin mencelah masuk dikala bunyi bising diluar kelas dek kerana pelajar-pelajar sudah mula turun rehat.


“terima kasih cikgu”


“eh…Firdaus, ko nak gi mana masa rehat ni?” amin seperti ada rancangannya tersendiri


“eerrmm…rasa-rasanya, memang aku takde hala tuju lain masa rehat ni melainkan kantin” memandang muka amin dengan muka penuh tanda tanya.


“haa…cantik sangat la kalau camtu. Ku nak ajak ko jalan-jalan kat sekitar sekolah ni. Ko kan masih baru kat sini, jadi… aku jadi pemandu pelancong ko la hari ini. nak tak?” sambil menggangkat keningnya beberapa kali.


Firdaus memgang dagunya seperti orang berfikir sejenak.


“hhmm…ok jugak tu. semalam aku tawaf je, tapi tak tau nama tempat. Ok set. Tapi…aku lapar la.” memegang perutnya sambil tersengeh.


“hukhukhuk…ok…ok… kita gi kantin dulu beli makanan. Lepas tu kita mulakan penjelajahan kita untuk hari ini.” Ibu jari tangan kanan ditunjuk kepada Firdaus, menandakan GOOD.


Mereka bergegas kearah kantin dan mula membeli makanan. Dikantin kelihatan ramai pelajar-pelajar yang ingin membeli makanan. Firdaus sempat terkejut dengan harga makanan disana. Nak dibandingkan dengan harga makanan sekolah dia yang dahulu, jauh lebih mahal berbanding di sekolah baru ini. Setelah cukup dengan bekalan makanan yang dibeli (cewah…macam nak gi jalan jauh je) mereka terus tawaf kawasan sekolah dengan Amin menjadi pemandu pelancongnya.


“ha… ini blok A1. Dan yang sana tu blok A2.” Sambil menunjukkan kea rah banggunan yang disebutkan.


Sedang mereka menjelajah kawasan sekolah tu, Firdaus ternampak sesuatu yang agak pelik. Tapi… dibiarkan sahaja pandangan yang sepintas lalu itu. Dia terus mengikut langkahan Amin yang dengan suka hati membawa sahabat barunya itu ke setiap pelosok kawasan sekolah.


“ok…sekrang ni kita berada dibanggunan Perpustakaan sekolah. Besar kan perpustakaan ni?” sambil tersenyum pada Firdaus.


“ha…yang kat sana tu makmal komputer dan bengkel-bengkel untuk pelajar kemahiran” meneruskan langkahan dengan pantas kerana ingin mengejar masa.


Tempoh masa untuk loceng tamat masa rehat semakin hampir. Sekali lagi mereka lalu dikawasan yang Firdaus terperasan sesuatu yang agak ganjil bagi dirinya. Tetapi bagi pelajar-pelajar disana adalah perkara biasa.


“ok…dan yang terakhir ni adalah dewan tertutup Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Air Hitam. Dewan ni memang besar dan banyak kegunaannya pada pelajar-pelajar disini. Kalau kita nak buat majlis-majlis besar, boleh buat kat sini. Tak payah nak sewa tempat lain dah” sambil tanganya menyentuh dinding dewan tertutup itu.


Kringg…


“alamak…loceng dah bunyi la. jom cepat…nanti terlewat pulak” ujar Amin yang memang dah biasa dengan sekolah itu. Kalau sekiranya lambat masuk ke kelas, akan didenda dengan bermacam-macam denda.


Mereka sempat masuk ke kelas sebelum guru untuk matapelajaran seterusnya masuk. Tetapi seperti biasa la, masa bunyi loceng tu la, ada juga yang baru nak beli makanan…baru nak habbiskan makanan…dan ada juga nak jadi Nazir dengan saja melalui jalan jauh untuk masuk ke kelas. Inilah dia alam persekolahan. Kita masih terfikir perkara apakah yang menjadi ganjil pada diri Firdaus?. Mengapakah semua pelajar disana sudah tidak menganggap perkara itu ganjil?. Apakah sebenarnya perkara ganjil itu?.


Sama-sama kita nantikan untuk episod seterusnya.

Babak 9


Seperti biasa, Firdaus akan dikejutkan oleh ayahnya untuk solat subuh secara berjemaah.Boleh dikatakan setiap pagi, Firdaus akan mengigau perkara yang sama sahaja sewaktu ayahnya cuba untuk mengejutkan dirinya. Firdaus jugalah yang akan melaungkan azan subuh dirumah itu. Dan seperti selalu juga, firdaus akan tertidur ketika tazkirah subuh disampaikan. Pada pagi tu, Firdaus masih lagi tidur sedangkan jam menunjukkan pukul 6.40pagi.


“ish budak ni, dia tak nak ke sekolah ke?. Cu….cu…. bangun cu. Nanti terlewat pula nak kesekolah” Ahmad cuba untuk mengejutkan cucunya.


“hhmm….mengantuk la tok. Kejap lagi la adik bangun.” Mengeliat dan beralih arah dari kanan ke kiri.


“wah..budak ni, siap boleh main pusing-pusing lagi tu. eh…mana boleh kejap lagi, dah lewat nak siap ni.” Ahmad mencekak pinggangnya sambil memikirkan cara untuk mengejutkan Firdaus.


Kebetulan pula Aminah sampai tepat pada masanya.


“eermm…takpe la ayah, biar saya yang kejutkan si Firdaus ni” sambil mengerak-gerakkan badan Firdaus.


“adik….bangun nak. Dah lewat nak kesekolah ni. Jangan la macam ni. Firdaus dah besar kan?. Nak jadi lelaki berani kan?.” Aminah sempat berseloro dengan anaknya.


Mendengar sahaja perkatan yang keluar dari mulut Ibunya, Firdaus bingkas bangun dan menuju kebilik untuk bersiap-siap ke sekolah.


“ha…cam tu lah anak lelaki Ibu” Aminah bermonolog sendirian.


Ghazali , Aminah , Ahmad dan Fatimah turut bersiap untuk menghantar Firdaus buat kali pertama dan terekhir ke sekolah. Kerana keesokkan harinya, Ghazali kena balik ke Kuala Lumpur atas urusan kerja. Manakala Aminah pula mestilah menemai suaminya. Kalau tak, keseoranganlah Ghazali kat rumah tu. Kelihatan Firdaus telah siap berpakaian sekolah beserta rambut telah disikat rapi. Beg sekolah telah digalas pada bahu kiri dan tangan kanan sedang memegang kasut sekolah barunya.


“Ibu….adik dah siap ni. Eerrmm…bile nak gerak ni?” seperti ada semangat baru yang terpancar dari sinar raut wajahnya.


Semua yang berada dalam rumah pada ketika itu, agak terkejut dengan penampilan Firdaus pada pagi tu. seakan-akan bukan Firdaus yang datang dari Bandar Kuala Lumpur. Untuk tidak menampakkan “terkejutnya” diri masing-masing, semuanya segera menuju ke pintu untuk menandakan sedia bertolak ke sekolah.


Sampai disekolah, mereka semua terus menuju ke pejabat sekolah untuk bertemu dengan En.Aziz. Sebaik sahaja sampai di pejabat sekolah, pengetua memberikan Firdaus kepada seorang guru perempuan yang bernama Cikgu Aini untuk dibawa masuk ke kelas.


“eerrmm… adik, sampai sini sajalah ayah dan yang lain-lain hantar adik. Adik dah besar kan, mesti berdikari sikit ye” sambil menepuk bahu Firdaus.


Firdaus angguk sahaja tanpa menjawab dengan lisan. Setelah bersalam-salaman antara mereka semua, Firdaus meneruskan langkahan mengikut Cikgu Aini untuk sampai ke kelas yang dia akan duduki. Kaki digerakkan sampai kepada blok A4. Disana, mereka menaiki tangga hingga ke tingkat 2. Cikgu Aini meneruskan langkahan hingga masuk ke kelas yang betul-betul berada disebelah tangga. Langkahan Firdaus terhenti disitu, kerana dirinya malu untuk masuk ke dalam kelas yang sedang terhenti kerana ada gangguan dari luar.


“Eh…kenap kamu dok kat situ lagi. Mari masuk….cepat…” Cikgu Aini melambai-lambai tanganya menandakan mengajak masuk kedalam kelas.


“Kelas 4 Arif” Firdaus bermonolog sendirian.


Tiba-tiba sahaja, seorang pelajar lelaki yang agak tinggi berbadan sederhana berisi keluar dari kelas menuju kearah Firdaus. Dengan tak bagi salam, dia terus menarik tangan Firdaus masuk ke dalam kelas. Masa tu, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa segannya diri firdaus kerana terpaksa ditarik masuk ke dalam kelas. Jejak sahaja kaki Firdaus kedalam kelas, ada sorakan dari arah belakang kelas.


“shh…sape suruh kamu bising ni?” Cikgu Aini bersuara agak kuat untuk mengawal keadaan.


“ok…hari ini cikgu nak kenalkan kamu dengan sorang rakan baru. Diminta semua diam untuk beri laluan pada dia bercakap.” Tangan cikgu Aini memberikan isyarat diam


Jantung Firdaus berdegup kencang bagaikan nak terkeluar dari dadanya. Dengan berbekalkan ucapan Bismillah Firdaus mulakan sesi perkenalan. Nama dia, ayah dia, ibu dia, hobi dia, dan cita-citanya. Itu sajalah yang sempat dilafazkan pada kawan-kawan sekelas yang baru.


“ok…. Saya nak awak-awak semua ni, berkawan dan bantu Firdaus sekiranya dia minta pertolongan. Boleh kelas??” sekali lagi suara Cikgu Aini menguasai kelas 4 arif


“baik…cikgu….” Jawapan yang diberikan tetapi tidak serentak.


“eerrmm.. Firdaus, awak boleh duduk disebelah ketua kelas disana tu.” tangan Cikgu Aini menghala kearah kanan kelas barisan yang ke 3 berdekatan dengan tingkap dan pintu masuk.


“owh…rupa-rupanya yang menarik aku masuk dalam kelas adalah seorang ketua kelas” Firdaus bermonolog sendirian sementara meneruskan langkahan untuk mengambil tempat di sebelah ketua kelas 4 Arif.


Sebelum duduk, Firdaus menghulurkan tangan dan memperkrnalkan dirinya sekali lagi kepada ketua kelas 4 Arif.


“ Firdaus bin Ghazali” tangan dihulur


“Amin Bin Yusof” disambut tangan Firdaus dengan senyuman.


“maaf la tadi sebab main tarik je ko masuk kelas. Tak sempat nak bagi salam la.. “ hehe… baru kenal dah boleh melawak.


“hehe…xpe la. masa tu pun ku segan habis. sbb tu kaki tak leh nak gerak masuk dalam kelas” Firdaus membalas senyuman Yusof.


Hhhmm…begitulah suasa.nanya ketika pertama kali masuk ke sekolah baru. Adakah Firdaus selesa dengan kelas barunya tu??. adakah Amin akan menjadi sahabat baiknya disana?. Sama-sama kita nantikan episod seterusnya.