Tuesday, March 25, 2008

Babak 12


Pada keesokkan harinya, Firdaus bangun lebih awal. Mengalahkan semua orang yang berada dalam rumah itu. Firdaus bergerak kearah bilik air untuk mengangkat wuduk dan selepas itu, dia solat taubat 2 rakaat. Pada pagi tu, Firdaus banyak menangis kerana mengenangkan dosa-dosa yang telah dilakukan pada masa lalu. Disamping itu, Firdaus juga ada berdoa supaya ikatan kekeluargaan antara mereka anak beranak tidak goyah. Firdaus juga berdoa supaya sepanjang dirinya berjauhan daripada keluarga, tabah dan cekal menghadapi dugaan hidup. Moga dirinya terhindar dari melakukan dosa-dosa besar mahupun kecil. Rintihan demi rintihan yang keluar dari mulut anak remaja ini sampaikan dirinya terlelap diatas sejadah using rumah atuknya. Tidak berapa lama selepas itu, Ghazali masuk kebilik Firdaus untuk mengejutkan bangun subuh seperti biasa. Alangkah terkejut dirinya apabila melihat Firdaus tidur diatas tikar sejadah. Sejuk hatinya melihat anaknya sudah mula untuk bangun solat malam.


“Alhamdulillah…moga-moga ianya akan kekal hingga keakhir hayat” doa yang terbit apabila melihat anaknya tidur diatas sejadah.


Ghazali tidak membuang masa, terus mengejutkan anaknya.


“adik….adik…bangun nak. Dah nak masuk waktu subuh ni. Pergi bersiap-siap cepat” mengerakkan tubuh anaknya.


“hhmm.....”mengeliat.


“eh….dah nak subuh ke?. Cepatnya masa berlalu” firdaus membetulkan kain dan baju melayunya. Lantas bergerak keluar untuk duduk bersama dalam saf solat.


Allahu Akbar…Allahu Akbar…


Firdaus melaungkan azan seperti biasa. Solat diimamkan oleh Ghazali. Selesai solat, Ahmad akan memberi sedikit tazkirah kepada semua ahli keluarganya. Ada kelainan sikit pada kali ini. Firdaus dapat menahan mengantuk hingga selesai tazkirah, keadaan itu disedari oleh semua ahli keluarganya.


Jam menunjukkan pukul 6.45pagi.Suasana diluar masih gelap dan kesukaran untuk berjalan adalah tinggi. Ahmad kelihatan keluar dari rumah menuju ke bangsal belakang rumah bertemankan lampu picit. Fatimah dan Aminah sibuk didapur menyiapkan sarapan pagi. Ghazali pula sibuk mengemas barang-barang yang akan dibawa balik ke Kuala Lumpur. Setelah itu, dia ke keretanya kerana ingin memastikan kereta dalam keadaan baik. Firdaus pula sibuk mempersiapkan dirinya untuk hari kedua di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Air Hitam. Setelah siap memakai pakaian dan menggalas beg sekolah, Firdaus menjamah jemput-jemput yang masih panas lagi berserta teh tarik yang menjadi kesukaan dirinya. Kelihatan Ahmad baru keluar dari bangsal belakang rumah dengan membawa sebuah basikal.


“adik….dah siap ke belum?” teriakan Ahmad dari halaman rumah.


“belum lagi tok. Tengah menjamah makanan ni. Sedap sangat la tok sampai nak tambah banyak kali”. Sempat lagi berseloro dengan atoknya.


“ala kamu ni…balik nantikan boleh makan lagi. Ni ha….dah jam berapa dah ni. Nanti terlewat sampai ke sekolah pulak.” Ahmad menunjukkan jam pada tangannya.


“terlewat sampai ke sekolah?. Kenapa pulak boleh lewat?. Kan masih awal ni. Naik kereta sekejap je boleh sampai sana” balas Firdaus.


“naik kereta apa nye….hari ini kamu kena pergi sendiri . ayah dan Ibu kamu nak gerak dah ni. Tak sempat nak hantar kamu.” Sambung ahmad lagi.


“apa??.....habis tu tok. Adik nak naik apa gi sekolah ni?” Firdaus kebinggunggan.


“ni ha…atok dah siapkan kenderaan kamu untuk ke sekolah. Marilah sekejap tengok kenderaan apa yang atok maksudkan” menanti ketibaan cucunya sambil membelek-belek basikal disisinya.


“eh…. Kalau tak salah, itu basikal kan tok?.” Firdaus seakan-akan tidak percaya dia akan ke sekolah menaiki basikal.


“hehe… betul la tu. basikal. Ha…kalau kamu nak tahu…. Orang-orang kampung panggil ni dengan panggilan “basikal tua”. Hehe…, ok tak basikal ni?” memberi peluang kepada Firdaus untuk memegang basikal tua itu.


“kamu jaga basikal ni elok-elok ye. Ini basikal turun temurun ni. Atok warisi daripada ayah atok punye ayah. Ataupun dalam erti kata lain, atok punye atok la.” sambil mengusap-usap kepala Firdaus.


“owh ye ke….wah…kalau cam tu, kira ni basikal antik la ni. Caya lah atok. Kira suatu barang yang berharga ni. Susah nak jumpa basikal ni kat Bandar sana tu.” jawab Firdaus


“ok….atuk jangan risau, adik akan cuba jaga basikal ni elok-elok.” Sambil menunjukkan good kepada atuknya.


“ok…kalau camtu…pergi la cepat ke sekolah.nanti terlewat pulak.”


Firdaus berlari naik kerumah dan mencapai segala barang yang perlu untuk dibawa ke sekolah. Tangan neneknya dicium, tangan dan pipi Ibunya dicium, tangan atuknya dicium dan akhir sekali tangan ayahnya dicium. Sebelum berangkat, Ghazali sempat menghulurkan duit untuk seminggu ni dahulu. Kerana mereka akan datang pada hujung minggu ini untuk melihat bagaimana keadaan anak lelakinya sejak keberangkatannya ke Kuala Lumpur.


“assalamualaikum semua. Adik pergi dulu.” Melambai-lambai pada mereka semua.


Semakin lama, bayangan Firdaus hilang dalam kegelapan di waktu pagi. Jangka masa perjalanan dari rumah atuknya ke sekolah adalah sekitar 20 minit dengan menaiki basikal. Sepanjang perjalanan kesekolah, mulut Firdaus tidak henti-henti membaca ayatul kursi. Pertama kali berbasikal diwaktu yang gelap…ditempat yang asing….ditambah lagi dengan keseorangan….


Inilah yang dikatakan cabaran. Seorang lelaki, nak tak nak, mesti melalui sesuatu ujian yang baru bagi mematangkan dirinya. Tambahan pula, kelak….. lelaki inilah yang akan memimpin keluarganya.

No comments: