Tuesday, March 25, 2008

Babak 14


Matahari sudah mula condong ke arah barat yang menyebabkan “bahang” panas sudah semakin berkurangan. Angin bertiup dengan agak kuatnya pada petang itu. Kelihatan seorang budak lelaki menaiki basikal masuk ke perkarangan rumah.


“assalamualaikum……ibu…ayah…. Amin dah balik ni” turun dari basikal dan menyandarkan basikalnya di tiang bawah rumah.


“waalaikumsalamwarahmatullah….. ehh…anak Ibu dan balik. Masuk nak….masuk….” sambil melambai-lambai mengajak anaknya naik ke atas rumah.


Amin membasuh kaki dengan air yang diletakkan dalam balang takungan disebelah tangga. Bergegas naik kerumah lantas mencium tangan dan pipi ibunya tanda kasih dan hormat pada orang yang melahirkan dirinya. Siti Mariam Binti Huzaifah adalah ibu kepada Amin. Seorang yang penyayang malah tabah dalam menghadapi dugaan hidup.


“eerrmm….ibu…. ayah mana?” terjenguk-jenguk melihat sekitar kawasan rumah.


Mariam tersenyum apabila Amin menanyakan berkenaan ayahnya


“ada kat belakang rumah. ayah sedang mengasah parang dan kapak untuk dibawa bersama nanti. Amin nak ikut ayah?” mengusap-usap kepala anaknya


“nak…nak….Amin nak ikut ayah. Amin nak bantu ayah cari kayu api kat dalam hutan sana tu. best buat kerja tu.” tersenyum sambil menunjukkan “GOOD” pada ibunya.


“alhamdulillah…. Macam tu la. tapi ingat, pelajaran tu jangan tinggal.”

“insyaALLAH….ibu jangan risau. Amin dah bahagi-bahagikan masa untuk semua tu” tersengeh pada ibunya.

“ibu..Amin nak cari ayah sekejap. Lepas tu….mungkin terus ikut ayah ke dalam hutan”

“hhhmm…pergilah….tapi ingat….jaga diri tu baik-baik ye..”

“baik ibu.” Berlalu pergi menuju ke belakang rumah untuk mendapatkan ayahnya

Ketika itu, Yusof sedang sibuk mengasah parang miliknya tanpa menyedari Amin berada dibelakang.

“assalamualaikum ayah….buat apa tu?” sapaan yang ringkas dari Amin

“waalaikumsalam…… eh…Amin...bile samapai?. Ayah tengah sibuk mengasah parang ni untuk masuk hutan kejap lagi” berhenti seketika dari mengasah parang dan berpaling mengadap anaknya.


Amin dengan pantas mendapatkan tangan ayahnya lalu dicium.


“ayah….Amin nak tolong asahkan kapak ni boleh?” jari telunjuk menunjukkan ke arah kapak.


“boleh….tapi ingat….jaga baik-baik tangan tu. nanti terluka pula” memberikan batu asah kepada anaknya


“baik ayah” memulakan mengasah kapak


Setelah jam menunjukkan lebih kurang pukul 2.30 petang, mereka mula bertolak masuk kedalam hutan untuk mencari kayu api. Sementara itu, Mariam dan dua orang lagi anaknya iaitu Nur Amirah dan Muadz mula ke kebun milik mereka untuk menguruskannya seperti hari biasa. Di kebun mereka, ada berbagai-bagai jenis sayur dan buah ditanam. Antaranya ialah sayur bayam, sawi,cili, pisang, betik, rambutan, pelam dan banyak lagi .Biasanya, Amin dan ayahnya akan keluar dari hutan lebih kurang setelah 1 jam setengah berada didalam hutan. Yusof sudah mahir dengan selok-belok hutan dikawasan mereka tinggal dan ianya telah diwarisi oleh Amin yang juga sudah mula mahir dengan hutan berdekatan rumah mereka. Selepas mengumpulkan kayu api, Amin akan terus ke kebun milik mereka untuk membantu Ibunya berkebun. Sementara Yusof balik ke rumah untuk menguruskan kayu api yang telah mereka kumpul itu.


Kayu api yang mereka cari, setengah daripadanya akan dijual kepada pelanggan-pelanggan tetap dikampung berkenaan sementara yang selebihnya akan digunakan untuk kegunaan keluarga mereka.Manakala hasil daripada kebun juga akan dibahagi 2. Sebahagian akan dijual di kedai-kedai yang berdekatan (pelanggan tetap) manakala yang selebihnya akan di jadikan lauk harian mereka. Memandangkan keluarga mereka miskin, kekerapan mereka untuk menggunakan tenaga elektrik adalah sangat sedikit.

No comments: