Babak 3
Sebelum berangkat pergi, Aminah sempat bertandang ke rumah jiran sebelah mereka. Keluarga Pak Ali memang rapat dengan keluarga Ghazali. Selalu juga dua keluarga ini salaing berkunjung jika ada kelapangan.
“assalamaulaikum pak Ali” sambil mengetuk pagar rumah.
“waalaikumsalamwarahmatullah....” langsir diselak untuk melihat siapa yang datang.
“ooo… cik Aminah….. ye…masuklah…jemput masuk…” sambil membuka pagar rumah mereka.
“terima kasih sajalah pak cik. Kat luar ni pun takpe. Saya nak minta tolong sikit ni pak cik.” Aminah teragak-agak untuk melafazkannya.
“apa die?. insyaALLAH…Pak cik cuba untuk membantu”
“eerrmm…tolong tengok-tengokkan rumah kami ye pak cik. Sementara kami pulang ke kampung ni” sambil tangan Aminah menunjukkan kearah rumahnya.
“owh..kalau itu, insyALLAH…boleh saja. Kita kan jiran. Mestilah saling tolong menolong. Kali ini mungkin Keluarga Aminah yang memerlukan pertolongan, mungkin lain kali, keluarga pak cik pula?”.
Terukir senyuman dibibir Aminah bila mendengar jawapan yang diberikan oleh Pak Ali.
“terima kasih ye Pak Ali. Kami minta diri dulu la. Assalamualaikum” Aminah bergerak meninggalkan Pak Ali dengan hati yang tenang.
“jalan baik-baik ye. Waalaikumsalamwarahmatuulah….” Sambil melambaikan tangannya
Perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke kampung mereka mengambil masa 4 jam. Selalunya, anak-anak akan tidur tidak kiralah dibahagian hadapan ataupun bahagian belakang sementara menunggu sampai ke destinasi, tetapi tidak bagi Firdaus. Disepanjang perjalanan , dia tidak dapat melelapkan mata kerana terpesona melihat kehijauan ‘alam ciptaan tuhan. Firdaus yang sememangnya telah mengambil subjek geografi terfikir berkenaan dengan kerakusan manusia yang sanggup menghancurkan ciptaan tuhan demi untuk keuntungan yang hanya seketika. Sedang asyik memerhati keindahan ‘alam , Firdaus terpandang deratan gunung-ganang disepanjang lebuhraya yang mereka gunakan. Lantaran daripada itu, Firdaus teringat akan ayat
“Kalau sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.” (surah al-Hasyr : 21)
“Sedangkan gunung pun tidak mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai khalifah dimuka bumi, inikan pula manusia yang kerdil ini”bicara hati Firdaus yang akhirnya tewas juga dengan keselesaan duduk dibahagian belakang kereta.
Begitulah lumrah balik kampung. Walau sehebat manapun kita menahan mengantuk, akan tidur jua jika tiada aktiviti yang dilakukan sepanjang perjalanan tu.


No comments:
Post a Comment