Tuesday, March 25, 2008

Babak 5


Kreekkk….kedengaran pintu ditolak. Kelihatan kelibat manusia masuk kebilik dimana Firdaus tidur. Firdaus tidak sedar akan kehadiran lembaga tersebut.


“adik…bangun nak… bangun… jangan degil cakap ayah…bangun cepat.” Mengerak-gerakkan tubuh Firdaus yang nyenyak tidur.


“wahai sahabat-sahabat ku sekalian….ayuh kita meneruskan perjuangan ini!!!” tetiba sahaja Firdaus melaungkan kata-kata itu.


“ya Allah…mengigau ke apa budak ni?” sambil menampar-nampar muka firdaus.


Semua penghuni rumah itu bergegas ke bilik Firdaus untuk melihat keadaan dirinya. Aminah yang tidak sempat memakai telekung, berlari menuju kebilik Firdaus.


“abang, kenapa dengan adik bang” Aminah yang sedikit cemas bercampur pelik melihat keadaan anaknya.


Firdaus yang masih dalam keadaan mamai terkejut bercampur pening melihatkan semua orang mengerumuni dirinya. Firdaus memegang muka dan seluruh bacannya untuk memastikan dirinya tidak mimpi.


“eh…kenapa semua orang ada kat sini?” dahinya berkerut kebinggunggan


“kamu tu, tiba-tiba sahaja mengeluarkan kata-kata semangat. Mana taknya kami semua terkejut” ayahnya mengurut-urut belakang badan Firdaus.


Firdaus masih lagi kebinggunggan mengenai cerita ayahnya itu.


“dah…dah… takde apa-apa tu. biasa la mengigau.” Usik Ahmad sambil mengajak Fatimah dan Aminah bersiap-siap untuk solat berjemaah.


“hhmm… dah tu. pergi bersiap cepat. Nak solat berjemaah ni.” Ghazali berlalu meninggalkan Firdaus keseorangan dibiliknya.


Firdaus masih lagi dalam keadaan separuh sedar. Memandangkan dirinya yang tidak biasa bangun awal pagi, menyebabkan sukar untuk menyesuaikan diri dalam kedinginan awal pagi.


“ya Allah….sejuk betul pagi ni. Kalau dapat tidur ni….hhmm…. memang subuh dinosaur la jawabnya hehe…” Firdaus bermonolog sendirian sambil mengangkat wuduk.


Firdaus segera menyiapkan diri untuk duduk dalam saf bersama atuknya.


Allahu Akbar…Allahu Akbar…


Firdaus melaungkan azan untuk membolehkan mereka solat subuh secara berjemaah.


Selesai solat, Ghazali memberi laluan kepada ayahnya Ahmad untuk menyampaikan sedikit tazkirah.


Ahmad Bin Ibrahim adalah bekas ustaz di smk Tanjung air hitam. Dia adalah seorang ayah yang penyayang dan baik tutur katanya.


“Alhamdulillah…bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, dapat kita sama-sama menunaikan solat subuh secara berjemaah……..”


Itulah kata-kata terakhir yang dapat didengari oleh Firdaus yang selepas itu telah tewas dek virus mengantuk yang gagah ditambah pula pujukan sayitan yang mendayu-dayu.


Begitulah telatah seorang remaja yang masih lagi dalam pentarbiyahan kedua ibubapanya. Seorang remaja yang meningkat dewasa didalam suasana yang aman dan damai dari sebarang gangguan ataupun bencana besar.

No comments: