Monday, March 24, 2008

Babak 2


Firdaus masih tersentak akan perbuatan ayahnya yang menutup laptop secara tiba-tiba. Dia masih risau kebarangkalian untuk laptopnya tidak dapat menyimpan data-data semasa dia menggunakan laptopnya adalah tinggi. Namun, ketaatan kepada kedua ibubapanya melebihi semua itu. Lantas, masalah itu hilang dengan begitu sahaja.


“hhmm… laptop dah tutup…baju dah kemas… tingkap dah tutup…eerrmm…ok. Semuanya dah selesai”


Firdasu bermonolog sendirian sambil menyikat rambut dihadapan cermin.


Setelah segalanya siap, Firdaus meluru turun kebawah untuk menikmati sarapan pagi. Dari dalam bilik lagi, Firdaus telah dapat mencium bau yang sungguh enak. Anak kesayangan Aminah tersenyum lebar apabila membuka tudung saji diatas meja. Kelihatan “Nasi Lemak” kegemaran dirinya telah tersedia dihidang diatas meja.


“ha.. tunggu apa lagi, pergi basuh tangan didapur.nanti boleh makan bersama” ujar ayahnya selaku ketua rumah.


Ketika itu, Aminah baru sahaja turun dari tingkat atas selepas selesai mengemas bilik dan pakaian untuk persediaan meninggalkan rumah selama beberapa hari.


“emaknya, mari kita duduk sekali untuk makan bersama “ sapaan ayahnya ketika melihat isterinya. “baiklah abangnya” sambil mengumpulkan beg disebelah pintu masuk kediaman mereka.


“adik mana bang?.” Aminah menghampiri Ghazali.


“saya disini ibu, tengah basuh tangan ni” Firdaus datang menghampiri ibunya setelah selesai membasuh tangan dengan senyuman paling istimewa.


“haa…ada pun anak ibu yang sorang ni. Dah…dah…pergi duduk kat ayah tu.” sambil tangan Aminah membawa anaknya untuk duduk bersama dimeja makan.


Setelah semuanya duduk dimeja, Ghazali terus membaca doa makan,


“Bismillahirrahmanirrahim….Allahummabariklana…fima…razakhtana…wakina…azabannar…aminn”.


Di aminkan oleh Aminah dan Firdaus.


Sewaktu doa makan sedang dibaca oleh ayahnya, “Ya Allah… peliharalah ikatan kasih sayang antara kami sekeluarga hingga ke akhir hayat , Ya Allah…”Firdaus juga mempunyai doa tersendiri untuk keluarganya yang pada ketika saat itu, ia terbit dihatinya.


Sungguh berselera Firdaus menikmati makanan yang dimasak sendiri oleh Aminah. Walaupun keluarga mereka mampu untuk mengambil pembantu rumah, Ghazali tetap dengan pendiriannya iaitu tidak mahu orang lain yang menguruskan urusan rumahtangga dan anak mereka melainkan isterinya sendiri. Jika sekiranya Aminah letih dan tidak berapa sihat untuk membuat kerja rumah, Ghazali akan cuba untuk meninggalkan kerja-kerjanya dipejabat dan membantu isterinya membuat kerja dirumah. Memandangkan Ghazali berkerja sendiri, amat mudah untuk dirinya mencari peluang balik kerumah dikala isterinya sangat memerlukan.


”Ibu..biar adik tolong ibu ye. Saya angkat semua pinggan ni, ibu pula angkat yang selebihnya”sambil tersenyum pada ibunya.


Menjadi tabiat bagi Firdaus apabila selesai makan, dia akan mengangkat kesemua pinggan kerana ingin meringankan kerja yang dilakukan oleh ibunya.


“kalau dah siap mengemas didapur tu, tolong pastikan kesemua tingkap dan pintu berkunci ye” kata Ghazali sambil mengangkat kesemua beg untuk dibawa bersama ke kampung.


“baiklah bang, saya akan pastikan segalanya telah berkunci” jawapan yang diberikan oleh isterinya yang pada ketika itu sibuk mencuci pinggan didapur.


“anak ibu, tolong teruskan kerja disini kejap ye. Ibu nak pastikan segala pintu dan tingkap telah berkunci dengan baik.” Sambil tangannya dikesat dengan tuala untuk mengeringkan tangan.


Firdaus sempat berkata “eerrmm…Ibu,…Ustaz kat sekolah ada pesan, berkenaan dengan konsep tawakal. Kalau kita nak bertawakal, kita kena usaha terlebih dahulu. Diikuti dengan berdoa. Yang terakhir sekali barulah bertawakal.” Sambil tersenyum manis pada Ibunya.


Aminah membalas senyuman anaknya itu sambil tangannya mengusap kepala anak terunanya yang sudah semakin dewasa.


“Alhamdulillah…anakku sudah semakin dewasa. Ya Allah…kau jadikanlah anakku ini salah seorang daripada pejuang agamaMU ya Allah” doa yang terbit sebaik sahaja berlalu meninggalkan anaknya yang sibuk mencuci pinggan didapur. Setelah semuanya siap, mereke bertolak ke kampung lebih kurang jam 9 pagi.


“alhamdulillahillazi..sahkhorolanaa…hazaa…wamaa kunnaalahu…mukriniina…wa inna ila rabbinaa lamungqalibun..”

No comments: