Babak 6
Seperti hari-hari yang sebelumnya, Firdaus terlewat bangun setelah menidurkan diri dikala tazkirah subuh diberikan. Tapi, pagi ini berlainan sedikit. Semua orang sedang mempersiapkan diri dengan memakai pakaian cantik seperti ingin meraikan sesuatu.
Firdaus masih lagi terlena di ruang tamu , tempat dimana dirinya tertidur sewaktu tazkirah subuh pagi tadi. Kelihatan Aminah menghampiri anaknya dengan membawa kain tuala.
“adik… lekas bangun nak. Siap cepat…nanti takut terlewat pula” sambil mengerak-gerakkan badan Firdaus.
Kali pertama tiada respon. Menampakkan yang anaknya tidur mati. Bagai nak rak ibunya mengejut supaya bangun bersiap. dan akhirnya sedar juga firdaus dari buaian mimpi setelah beberapa kali dikejut oleh ibunya.
Firdaus yang masih mamai terus sahaja mencapai tuala yang diberikan oleh ibunya dan bangun untuk menyiapakan diri. Walaupun dirinya tidak mengetahui kemanakah arah tuju mereka selepas ini.
Firdaus memakai pakaian yang telah disiapkan oleh Ibunya diatas katil. Dan dengan bangganya dia keluar dari bilik untuk menayangkan betapa segaknya dia pada hari itu.
“wah… bergaya betul anak emak pagi ni.” Pujian dari ibunya.
“eh…boleh tahan segak juga cucu nenek ni. Sama je dengan abah ko masa kecik-kecik dulu.” Sambil tangan menunjukkan pergerakkan orang bersaiz kecil.
“hehe…tengok oranglah nek. Firdauskan anak ayah.” Sambil membetulkan baju kemejanya.
“dah…dah... cukup la tu nak puji Firdaus tu. karang tak jadi pulak dia nak ikut kita ni, sibuk je dengan bajunya tu. kereta dah siap dah ni, rasanya boleh gerak sekarang”. Dengan tiba-tiba Ghazali masuk melalui pintu hadapan.
“yela…yela…kami dah siap ni.” Balas Fatimah.
“ha… abangnye…jangan lupa nak tutup pintu rumah dan kunci sekali ye”. Terus memberikan kunci rumah kepada Ahmad, lalu bergerak ke kereta Ghazali.
“hehe…. Atuk….ustaz adik ada pesan, kalau kita nak tawakal, kita kena usaha dulu kan tok?. Lepas usaha…kita doa…lepas tu baru kita tawakal” sambil tersengeh.
“hhmm…betul tu. bagus cucu atok ni. Anak sape la ni kan… “ sempat bergurau dengan cucu kesayangannya.
Kampung mereka terletak di kawasan pendalaman selatan semenanjung tanah air.Jarak antara satu rumah dengan rumah yang paling hampir, agak jauh juga.
Tingkap dan pintu semua dipastikan bertutup rapat. Dalam kesibukkan berseloro tu, masing-masing sempat membaca doa keluar dari rumah.
“Bismillahitawakkal tu ‘alallah….wala haulawala..kuwwata illa billa hil ‘azimiwabihamdih”
Pintu kereta ditutup, masuk gear 1, tekan minyak dan jalan la…..


No comments:
Post a Comment