Tuesday, March 25, 2008

Babak 4


Firdaus asyik dengan buaian mimpi sampaikan tidak sedar mereka sudah sampai ke destinasi yang dituju.


“cu…cu…bangun cu..”suara yang tiba-tiba mencelah masuk kedalam mimpi Firdaus.


”eh..siapa pula yang memanggil ku dengan panggilan cu?”sambil membuka mata untuk melihat siapakah dia orangnya.


Dilihatnya dua orang tua sedang berdiri disebelah pintu belakang tempat dirinya tidur.


“owh..atuk dan nenek rupanya”kata Firdaus sambil menggosok mata yang masih lagi kabur.


“budak ni… setiap kali datang, mesti tertidur kat belakang.Kalau orang colek cu pun cu tak sedar”teguran manja dari atuk Firdaus sambil tersenyum manis kerana gembira dengan kehadiran cucu kesayangannya.


“ala tok, orang tertidur la tok. Bukannya saja-saja nak tidur” sambil tersengih manja.


“dah…dah…mari kita naik atas. nenek ada buat cekodok tadi, masih panas lagi. Tau-tau je cucu nenek nak datang” sambil memimpin tangan cucu kesayangannya naik ke rumah.


“wah…, cucu dia je yang dipimpinnya, anak dia yang sorang ni dibiarkan ”gurauan manja daripada Ghazali yang kebetulan juga adalah anak bongsu dalam keluarganya.


“ala anak mak yang sorang ni, sekali-sekala nak bermanja dengan cucu kesayangan pun tak leh” meneruskan langkahan menaiki tangga rumah.


Fatimah Binti Husein adalah seorang Ibu yang penyayang dan tidak membeza-bezakan kasih sayang antara anaknya. Dia juga adalah bekas ustazah di smk ulu choh. Telah berkhidmat menjadi guru sejak dari umur 25 tahun.


“yela tu. setiap kali sampai kat sini, memang itu yang dibuatnya” bicara hati Ghazali yang merajuk dengan Ibunya, Fatimah binti Hussein.


Aminah yang sedar perasaan “anak bongsu” masih ada dalam hati suaminya telah memegang erat tangan suaminya sambil memberikan senyuman. Ghazali yang sebentar tadi merajuk akan kelakuan ibunya telah cool down semula kerana mengetahui dirinya mempunyai sebutir permata yang sentiasa berada disisinya walaupun dalam keadaan sedih.


“eerrmm… ibu…ayah….marilah naik sekali. Takkan nak dok kat situ je?.panas kat luar tu.” Firdaus cuba untuk berseloro dengan kedua ibubapanya.


Ghazali dan Aminah tersipu-sipu malu kerana perbuatan mereka dapat dikesan oleh anak mereka.


Wah….begitulah ikatan kasih sayang antara suami isteri yang solehah. Bila seorang merajuk, yang satu lagi akan memujuk. Sesiapa yang sudah berkahwin tu, mungkin ada pengalaman sebegini.

No comments: