Babak 7
Firdaus tidak melepaskan peluang untuk menikmati keindahan ‘alam dengan membuka tingkap sewaktu dalam perjalanan ke tempat yang dirinya sendiri masih tidak mengetahuinya. Yang hanya ada dalam fikiran manusia berdarah remaja pada ketika itu adalah kagum dengan keindahan flora disekitar kampung neneknya. Selang beberapa minit, kelihatan pekan kecil dengan deretan rumah kedai dibahagian kiri dan kanan jalan. Dari sudut pandangan mata Firdaus, dia boleh mengagak yang dirinya sudah masuk ke kawasan pendalaman.Sukar untuk melihat kenderaan bermotor lalu lalang di kawasan ini, walaupun ada tapi tidak banyak. Kadang-kadang kelihatan penduduk sekitar situ menaiki “Basikal Tua” untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. “Tempat apakah ini?”Firdaus bermonolog sendirian. Destinasi manakah sebenarnya yang ingin ditujui?. Berdebar rasanya menanti jawapannya.
Tiba-tiba…
Kelajuan kenderaan semakin berkurangan. Kereta diberhentikan betul-betul dihadapan sebuah sekolah. Firdaus kebingguggan dan tertanya-tanya mengapakah mereka semua mesti pergi tempat sebegini?. Apakah motifnya?.
“Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Air Hitam?” firdaus bermonolog sendirian.
“eerrmm… ibu. Kita nak buat apa kat sini?” sambil menggaru kepala kebingguggan.
Aminah hanya tersenyum sambil mengurut-urut belakang badan anak kesayangannya itu. Fatimah dan Ahmad hanya diam membisu kerana tidak mahu memberikan sebarang jawapan yang boleh menjadikan asbab perkara yang mereka rancang, tidak menjadi. Oleh itu, diam adalah langkah yang terbaik.
Anak remaja itu masih tidak berpuas hati dengan tindakan seluruh ahli keluarganya yang diam membisu. Nak bertanya pada ayahnya, tidak berani pula. Nanti kena marah sebab banyak tanya.
“hhmm….tunggu je la…. apa-apa pun, tempat ni memang diluar bidang ku” sekali lagi Firdaus bermonolog sendirian sambil meneruskan langkahan memasuki kawasan Sekolah Menengah Kebagsaan Tanjung Air Hitam.
Firdaus sempat melihat pada jam tanganya.
“Hhmm… jam menunjukkan pukul 8.30 pagi. Murid-murid sekolah sekarang ni sedang berada dalam kelas untuk mengikuti pembelajaran”.
Kawasan S.M.K. Tanjung Air Hitam memang luas kerana ianya terletak dikawasan luar Bandar(sekolah dikawasan Bandar kurang tanah, sebab itu kawasan sekolah dibandar adalah terhad dan kecil). Sekolah ini memiliki 7 banggunan iaitu 4 banggunan belajar(termasuk bilik guru, pejabat sekolah, bilik media, bilik SPBT dan juga tandas), sebuah untuk perpustakaan, sebuah untuk makmal komputer beserta bengkel dan yang terakhir adalah Dewan tertutup untuk sekolah berkenaan. Walaupun sekolah ini dikawasan pendalaman, kemudahan disekolah ini tidak kurang baiknya berbanding dengan sekolah bandar.
Sementara menunggu ayah dan ibu masuk ke pejabat sekolah, Firdaus tidak membuang masa dengan begitu sahaja. Habis dia tawaf sekolah berkenaan dengan bertemankan atok dan nenek kesayangannya. Dari satu blok ke blok yang lain di lawatinya, sampaikan ada pelajar disana ingat dia adalah Nazir yang selalu melawat sekolah berkenaan untuk tinjauan.
“hhmm…. Lamanya ibu dan ayah dok dalam pejabat tu nek. Mereka buat apa dalam tu?” memandang tepat pada mata neneknya.
Fatimah menjadi serba salah akibat daripada perbuatan Firdaus yang mendesak dirinya itu. Belum sempat Fatimah menjawab, Ahmad memulakan langkah keselamatan.
“apa pendapat Firdaus tentang sekoleh ini?” sambil tangannya menunjukkan kearah sekitar kawasan sekolah berkenaan.
“eerrmm… ok jugalah kat sini. Walaupun sekolah ni terpelosok jauh ke pedalaman, kemudahannya tidak kurang lengkap berbanding sekolah dibandar sana”. Sambil berpeluk tubuh menunggu ibu dan ayahnya.
Ahmad tersenyum mendengar jawapan yang diberikan oleh cucunya itu. Ianya seperti suatu jawapan yang dinantikan oleh atoknya dan juga ahli keluarga yang lain.
Firdaus sudah tidak dapat bersabar lagi, lantas memulakan langkahan menuju ke pejabat Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Air Hitam untuk melihat apa yang dibuat oleh kedua orang tuanya. Kedatangan Firdaus kedalam pejabat memang dinantikan oleh kedua orang tuanya.
“ha..itupun dia Firdaus anak saya.” Sambil menunjukkan pada seorang manusia yang sederhana tingginya serta berbadan sederhana.
“Firdaus, kemari nak. Ayah nak kenalkan kamu dengan pengetua sekolah ini” sambil memanggil anaknya untuk berjabat tangan dengan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Air Hitam, Johor.
“Nama pengetua ni En.Aziz Bin Saifullah” kata Ghazali lagi.
Tanpa membantah, Firdaus segera menghampiri pengetua dan bersalam serta memberikan senyuman seikhlas yang mungkin. Pengetua menjemput Firdaus duduk sekali dengan mereka untuk membincangkan dengan lebih mendalam.
“ha…Firdaus, bagaimana perasaan kamu bila mula-mula melihat sekolah ni?” pertanyaan daripada En.Aziz selaku pengetua sekolah berkenaan.
“Eerrmm….susah nak kata. Tapi, bagi saya…masa mula-mula lihat sekolah ni.. agak terkejut juga. Dengan keadaan sekolah yang serba lengkap, tetapi boleh berada jauh dipedalaman. Itu belum lihat pada pelajar-pelajarnya lagi, mesti semuanya hebat-hebat” sambil tanganya tidak boleh duduk diam, asyik mengutil kerusi kayu yang dia sedang duduk.
En Aziz hanya mampu tersenyum mendengar jawapan yang diberikan oleh Firdaus. Jawapan ini biasa didengari oelh En Aziz bilamana ada sahaja pelajar baru masuk ke sekolah berkenaan.
“ha… bunyi jawapan tu macam bagus je sekolah ni” Ghazali mencelah sambil menepuk-nepuk belakang bahu Firdaus.
“ayah…Ibu…nenek dan atok dah setuju” sambung Ghazali lagi.
“ha?.... setuju apa ayah?. Berkenaan apa ni?, Firdaus tak faham la” semakin kebinggunggan.
“kami setuju nak masukkan kamu kesekolah ni, untuk permulaan tingkatan 4 dan seterusnya. Eerrmm…. Kamu ok je kan?” memandang tepat ke arah wajah anak tunggalnya.
“….” Firdaus kebisuan.
Tidak tahu nak kata apa lagi. Dalam fikirannya sekarang adalah berjauhan dengan keluarga tersayang. Pertama kali dalam sejarah hidupnya, tinggal berjauhan dengan ibu dan bapanya. Istilah hidup sendirian ataupun berdikari memang tiada dalam kamus Firdaus. Dirinya bagaikan tersentak dan fikirannya melayang-layang memikirkan hari-hari yang mendatang tanpa kehadiran ibubapanya disisi. Sedang asyik Firdaus mengelamun…
“Firdaus…..firdaus…” Ghazali memintas fikiran Firdaus dengan menepuk bahunya.
Firdaus tersentak dan merasakan dirinya seakan-akan baru sahaja bangun dari tidur.
“bagaimana dengan keputusan kami?” Ghazali bertanyakan soalan dengan begitu berkehendak jawapan yang positif.
“eerrmm… kalau keputusan ni semua dah setuju, Firdaus ikut sajalah” tunduk menadang lantai.
“…” En Aziz hanya membiarkan kedua beranak tu dengan perbualan mereka.
“ala anak mak yang sorang ni, Firdaus kan dah besar. dah boleh jaga diri sendiri. Biasa-biasakan lah berjauhan dengan Ibu dan ayah ye.” Memujuk anaknya yang tidak dapat menerima keputusan yang mereka buat.
“…” Firdaus membisu lagi.
“errmm…xpe la pengetua, lama-lama eloklah tu.. kami minta diri dulu la. insyaALLAH… esok Firdaus akan mula bersekolah disini” ujar Ghazali sambil menghulurkan tangan untuk berjabat.
“hhmm…baiklah. Esok, saya akan minta seorang guru membawanya masuk ke kelas yang sepatutnya” sambil menyambut tangan Ghazali.
“ha…elok sangatlah kalau begitu. Firdaus….salam pengetua cepat, kita nak balik dah ni” Ghazali bingkas bangun dari kerusi diikuti isterinya.
Firdaus bangun dan bersalam dengan pengetua tanpa perasaan. Badan Firdaus sahaja yang kelihatan disitu tetapi fikirannya masih lagi melayang-layang memikirkan masalah yang belum tentu lagi akan timbul.
Begitulah situasi bila mana seorang anak yang dimanjakan, ditinggalkan untuk hidup berdikari. Walaubagaimanapun,Firdaus adalah satu-satunya anak lelaki dan tunggal keluarga tersebut. Situasi ini memberatkan kedua-dua belah pihak. Ibunya pasti merindui anaknya yang selama ini dimanjakan… dikejutkan bangun subuh….dibelai dan bergurau senda bersama. Nantikan episod seterusnya…


No comments:
Post a Comment