Tuesday, April 1, 2008

Babak 18


Bermulalah lembaran baru bagi hidup Firdaus. Mula berkecimpung dalam arena dakwah. Seorang anak remaja yang sebelum ini berdiri dengan bantuan ibu dan ayahnya. Tapi sekarang, dirinya sudah mula belajar berdiri sendiri disamping tambahan belajar bersiasah dengan orang lain.


“eh… masa kat perjumpaan haritu, aku ada Nampak seorang budak perempuan tu.”


“budak perempuan?. Yang mana satu?.” Merenung tepat pada mata FIrdaus.


“kenapa dengan budak perempuan tu?” tambah Amin


“eerrmm… tak…. Bukan apa.. aku rasa cam pernah nampak dia je la sebelum ni”


“pernah nampak?.”


“ko ni buat lawak la pulak. Memang ko akan Nampak dier… sebab… yang ada pada masa tu, semuanya pelajar-pelajar sekolah ini.”


“hehe…”


“ha….baru aku ingat…… aku pernah nampak dier la.”


“laa… ni Nampak kat mana la pulak ni?”


“ingat lagi tak, masa kali pertama kita melawat keliling sekolah?”


“ha… masa tu la aku Nampak dier. Aku nak cakap kat ko, tapi….entah. tak penting kot”


“hehe..ada-ada sajalah ko ni. Dah la tu. abaikan sahaja. Ok, esok aku nak bawak ko gi usrah mingguan Persatuan kita.”


“usrah?. Eerrmm… maaf la, aku kurang pengetahuan berkenaan perkara yang ko cakap tu. usrah tu apa?”


“owh..maaf…kerana tak bagitahu.” Tersenyum.


“usrah tu adalah perkataan bahasa arab. Eerrmm… bagi aku terangkan cikit ye”


“Islam memandang sangat mustahak pembentukan ikatan perpaduan untuk penganutnya. Ikatan itu dinamakan usrah. Melalui usrah kita dapat memimpin penganut Islam ke arah contoh-contoh pujian yang tinggi di samping memperkukuh ikatan yang sedia ada. Selain itu, mutu ukhuwah antara sesama ahli boleh ditingkatkan, iaitu dengan merealisasikan teori dalam perbuatan dan amalan. Oleh itu, kita hendaklah memandang berat perkara ini dan bersedia untuk menjadi batu bata yang sihat lagi berguna kepada bangunan keluarga bentukan yang mulia ini, iaitu keluarga Islam.”


“usrah ni ada 3 rukun. Yang pertama taaruf. Diikuti oleh tafahum. Dan yang terakhir sekali adalah takaful. Maksud taaruf ialah berkenalan, maksud tafahum adalah memahami dan maksud takaful adalah membantu.”


“wah…panjang ekk penerangan ko. Terima kasih kerana bersusah payah terangkan kat aku….. (senyum)hehe”


“eerrmm…ok…jangan lupa datang petang ni di surau.” Memegang bahu Firdaus


“eerrmm… insyaALLAH…. Jika diizinkan. Akan ku usahakan” menunjukkan (Good)


*****


Firdaus yang pertama kali mengikuti usrah, berasa begitu seronok dengan ilmu dan pengalaman baru yang diperolehinya. Usrah mereka dibahagikan kepada 2 iaitu usrah sughra dan usrah kubra. Naqib bagi usrah muslimin adalah Ustaz Shaari Bin Muhammad manakala naqibah bagi Muslimat adalah Ustazah Murni Binti Rashid. Kedua-dua mereka ini adalah pensihat bagi persatuan berkenaan.


“ha… bagaimana dengan usrah tadi?.”


“hehe… Alhamdulillah…memang banyak inputnya… tak sia-sia saya mengikuti”


“eh…silap pulak…..patutnya tukar daripada penggunaan kata ganti diri (saya) kepada (ana)…. Hehe”


“alah…mana-mana pun boleh la….hukhukhuk” tersenyum memandang Firdaus.


“ha….kita sambung cerita semalam la…pasal budak perempuan yang aku gitau tu. tadi dia ada jugak tau.”


“yang mana satu ni?. Ko ni….asyik cerita pasal dia je. Kenapa ye?”


“ala… yang pakai baju putih tu. rasanya dah banyak kali aku nampak dia pakai baju putih…. Eerrmm.. Yang duduk dekat dengan ustazah Murni tadi.”


“yang duduk dekat dengan Ustazah Murni??” seperti agak terkejut


“a’a la… eh… kenapa ko macam terkejut je ni?”


“ko biar benar?. Budak perempuan tu ke yg ko dok cerita selama ni?.”


“ia la…tapi kenapa dengan dia?.”


“kalau ko nak tau, dia tu adalah timbalan Presiden Persatuan Pendidikan Islam yang kita join ni. Nama dia, Sufiah.”


“eerrkk… ye ke?.hehe.... aku tak tau pun”


“dan satu lagi…. Selama aku kat sekolah ni, mana ada orang yang berani tegur dia.”


“eh..kenapa pulak?” hairan


“aku pun tak tahu. Mungkin kerana perwatakan dia kot”


Perbualan mereka mengenai Sufiah berlarutan sehingga mereka berpisah di persimpangan jalan. Firdaus yang selama ini tidak pernah memikirkan perihal seorang perempuan, sudah mula memikirkan tentang Sufiah iaitu Timbalan Presiden persatuan Pendidikan Islam.


******


“assalamualaikum adik…. apa khabar?”


“waalaikumsalam…. Ibu…… adik rindu kat ibu tau. Adik kat sini Alhamdulillah sihat hendaknya…. Ibu dan ayah apa khabar?”


“Alhamdulillah…sedap sahaja ibu dengar. Haa.. ibu dan ayah kat sini Alhamdulillah sihat hendak-Nya.”


“bagaimana semasa ketiadaan ibu dan ayah disisi adik?. boleh kan?”


“hehe… setakat ni, Alhamdulillah…semuanya baik. Kalau tak caya tanya la kat atuk dan nenek” tersengeh sorang-sorang


Perbualan Firdaus dengan kedua orag tuanya agak lama. Ada la dalam sejam lebih (macam berbual dengan makwe pula).


“eerrmm.. ibu ada perkara nak beritahu kat adik ni”


“apa dier ibu” berdebar-debar


“Ayah cadangkan supaya kami tidak selalu balik ke kampung. Sebab susah nak ulang alik. Ibu harap adik faham.’


Firdaus terdiam untuk seketika, setelah mendengar ayat yang dilafazkan oleh ibunya.


“hello….. hello….adik….adik….. adik dengar kea pa yang ibu cakap tadi?”


“eerrmm… kalau ibu dan ayah dan sepakat, adik ikut sahaja. Lagipun, adik dah besar sekarang ni. Malu kalau orang lain tahu berkenaan dengan diri adik ni. Adik akan cuba untuk lebih tabah dan cekal menghadapi hidup ini”


“Alhamdulillah…. Itu yang ibu nak dengar….. eerrmm…. Takpela…. Kalau cam tu. insyaALLAH…. Bila kami ada masa nanti, kami akan balik ke kampung untuk menjenguk adik ye.” Memujuk


“eerrmm…. Ok. Tapi jangan lupa ye.”


“ok la dik. Ibu dan ayah ada hal nak diurusakan ni. Jaga diri tu baik2. Jangan lewat2 solat dan jangan sesekali tinggal solat. Ingat pesan ibu ni.”


“insyaALLAH …. Akan saya ingat selalu pesan ibu ini”


“ok…assalamualaikum…”


“waalaikumsalam…”

No comments: