Wednesday, April 2, 2008

Babak 19


Kelihatan Sufiah sedang mengayuh basikal menuju ke arah sekolah. Sufiah Binti Ishak adalah seorang Timbalan Presiden bagi Persatuan Pendidikan Islam di sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Air Hitam. Orangnya sederhana tinggi , seorang yang pemalu tetapi bertempat. Dirinya tidak berapa pandai untuk bergaul menyebabkan dirinya kurang kawan walaupun dari kalangan perempuan. Kebiasaan bagi dirinya adalah suka sangat memakai pakaian berwarna putih.


“su!…......sufiah…..”


Sufiah menoleh kanan dan kiri untuk melihat milik siapakah suara itu.


“owh…awak ikin.” Tersenyum lebar pada satu-satunya sahabat baik dirinya di sekolah berkenaan.


“hehe… saje je ni. Tadi saya nak ke bilik guru, ternampak awak kat tangga ni. Jadi saya singgah la. rindu la dengan awak.” Saja mengusik


“ada…ada sajalah awak ni.”


“awak tengah buat apa tu?”


“ni ha… saya tengah menghafal fakta-fakta dalam buku sejarah ni.”


“wah…minat betul ekk awak dengan sejarah?”


“ehh…kenapa awak cakap camtu pula?. Sejarah ni sangat penting, walaupun ramai di kalangan orang sekarang ni tidak begitu meminati subjek sejarah. Mungkin mereka tidak mendalami sejarah itu sendiri.”


“hehe… betul tu.”


“eeerrmm…awak tak lapar ke su?. Jom la kita pergi makan kat kantin.” Menarik tangan sufiah


“eerrmm… boleh jugak. Kejap la…bagi saya kemas buku ni dulu.” Mengemas buku dan alat-alat tulis dan terus menuju ke arah kantin bersama-sama Asyikin.


******


“sufiah, awak balik dengan siapa hari ini?”


“eh...awak ni. Selama ini, mana ada sape-sape yang teman saya. Saya balik sorang-sorang je la”


“hehe… saje je tanya. Ingatkan awak balik dengan boyfriend ke….. “ sempat bergurau dengan Sufiah.


“eh awak ni, kesitu pula dia….. awak tu, hari ni balik naik apa?”


“eerrmm…hari ni saya balik naik kereta lagi. Ayah saya datang amik”


“owh….ok la Ikin, saya jalan dulu la ye. Nanti terlewat pulak sampai kerumah. Takut ayah saya risau je.”


“ok..ok…. esok kita jumpa lagi ye. Hehe…. Rindu nak jumpa dengan awak…”


“ye la tu. insyaALLAH….jumpa esok kat tempat biasa”


“jalan tu baik2 ye. Jangan singgah mana-mana pulak. Balik rumah terus tau” bercakap dalam keadaan agak menjerit.


Sufiah semakin jauh dari pandangan mata Asyikin.


*****


Di kejauhan, Pak Mat sudah nampak kelibat anak sulungnya dari halaman rumah. Senyuman terukir di wajah Pak Mat melihat anak sulungnya sudah pulang dari sekolah. Harapan yang besar diletakkan pada anak sulungnya ini iaitu menjadi seorang muslimah solehah didunia penyejuk mata penawar dihati.


“assalamualaikum… ayah” mengayuh basikal memasuki perkarangna rumah using milik mereka.


“waalaikumsalam… Alhamdulillah… anak ayah dah balik. Risau juga bila anak ayah balik lambat.”


Sufiah mencium tangan ayahnya sambil meminta maaf sekiranya ada buat hati ayahnya terguris. Sufiah seboleh-bolehnya tidak mahu melukakan hati ayahnya yang selama ini telah membesarkan dia dan adik-adiknya.


“ayah dah makan?”


“eerrmmm... Alhamdulillah… ayah dah makan pisang goreng tadi.”


“dah..dah….Su pergi masuk dalam, rehat-rehatkan diri tu. ayah nak basuh motor ni sekejap. Sikit je lagi ni”


“baik ayah…. Su masuk dalam dulu ye.”


“eh… kak su dah balik la……. ye….ye….” berlari mendapatkan sufiah


“hehe… adik akak yang comei ni. Dah makan belum?” mencubit pipi Zulaikha.


“dah….dah makan dah tadi. Makan dengan ayah dan abang….. hehehe…….. kak su dah makan ke?”


“a’a la dik. Akak lom makan lagi. Adik bawak la akak gi makan”


“eleh…ngada-ngada la akak ni. Dah besar pun nak kena orang tolong.”


Zulaikha menarik tangan Sufiah masuk kedalam rumah usang untuk menjamu pisang goreng yang masih berbaki lagi.


“eerrmm… mana fahmi?” Sufiah terjenguk-jenguk sekeliling rumah untuk mencari Fahmi, anak kedua daripada kalangan mereka.


“abang?.... eerrmm… tadi adik nampak kat belakang rumah.”


“takpe la kak su… abang Fahmi ada kat belakang umah tu. kak su makan la dulu pisang ni. Mesti kak Su tengah lapar.”


Sedang asyik Sufiah dan Zulaikha makan, Hafiz muncul dari dapur dengan membawa sabit dan penyapu.


“eh… kak Su dah balik. Assalamualaikum kak….” Tegur Hafiz


“waalaikumsalam… ha… ada pun adik akak yang sorang ni. Buat apa kat belakang tadi?”


“hehe… adik kemas-kemaskan sikit kat belakang umah tu. lalang dan semak dah makin tinggi.”


“owh… rajin adik akak ni ye. Hafiz dah makan ke belum?. Marilah makan sama-sama?”


“eh…xpe la kak. Hafiz dan makan tadi. Alhamdulillah….masih kenyang lagi ni.”


Hafiz meletakkan kedua-dua barang tersebut ditempat asal lalu bergerak ke singki untuk mencuci tangan. Hafiz seorang pelajar tingkatan 1di Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Merah manakala Zulaikha adalah pelajar darjah 4 di Sekolah Kebangsaan Tanjung Air Hitam. Pergaulan mesra antara mereka sekeluarga sudah lama terbina hasil daripada didikan ayah dan arwah ibu mereka. Ibu mereka meninggal dunia kerana penyakit asthma. Sejak daripada itu, mereka sangat dahagakan kasih sayang daripada seorang ibu. Namun, itu semua bukanlah satu sebab yang membolehkan mereka putus asa daripada meneruskan hidup. Bahkan, keluarga mereka semakin tabah dari hari ke hari hasil tarbiah Islamiyah itu sendiri.

2 comments:

Syaima' Azure said...

Assalamualaikum wbt...
Penulisan yang bagus, berunsur islami tapi kurang sangat unsur ilmi. Mungkin perlu dibaiki lagi dengan menambah unsur-unsur ilmiah, cth apa yg dikongsi dalam usrah tersebut.

Lebih elok jika banyak diceritakan tentang ukhwah sesama ikhwah. Mungkin bleh terangkan bagaimana mahu menjaga ikhtilat antara ahli persatuan (muslimin + muslimat) yang kadang-kadang menganggu hati.

Saya sarankan saudara membaca novel pembangun jiwa Habiburrahman El-Shirazi. Novelnya sarat dengan nilai-nilai, walau kadangkala jalan ceritanya takla best mana pun. Saya sudah membaca habis Ketika Cinta Bertasbih episod 2. Dalam novel itu banyak memberi penerangan inti kitab-kitab agama, cth Al-Hikam, tafsir Jalalain, etc. Mungkin boleh jadi panduan buat saudara untuk lebih maju dalam dakwah, esp bidang penulisan.

Selamat Maju Jaya- ahli keluarga besarmu

al_irsyad said...

Waalaikumsalam...w.b.t.

syukran banyak-banyak yer..

ada juga pendapat yang bernas dari pembaca...

insyaALLAH..ana akan cuba membaiki untuk menjadikannya lebih baik... sebagai salah satu cabang dakwah...